Sunday, 9 July 2017

Bon Ayam Serama Kuantan



Alhamdulillah hari ini 9 Julai 2017, bon Suka Suki Kuantan dapat menyelitkan satu kategori untuk dipertandingkan sambil sembang petang di Taman Shahzan.

Tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan pemenang. Pemenang bagi kategori Anak A hari ini ialah:

Juara Apis Pasir Mas
Ke 2 Rizal Fahamee
Ke 3 Joe Kampung Padang

SMk

Wednesday, 5 July 2017

Malaysia Bebas H5N1



Alhamdulillah, akhirnya dugaan buat peminat unggas amnya dan peminat ayam serama khasnya boleh berasa lega dengan pengumuman tersebut.

Ini akhirnya telah membuka kembali kemeriahan dalam jualan, pertandingan dan penternakan serama rancak semula. Sebelum ini ada desas desus mengenai kesuraman dunia serama dengan harga yang jatuh, otai berhenti, dan bermacam segala isu.

Tetapi SMk telah lali dengan perkara ini, kerana bagi SMk dunia serama akan teap terus meriah dan positif. Apa yang penting adalah peminat-peminat yang tegar terus utuh, yang betul-betul meminati hobi ini yang bukan dari golongan ikut-ikutan atau terjun dalam bidang ini untuk menjadi kaya raya.

Pada pandangan SMk, yang merosakan hobi ini, bukan hanya ayam serama. Tetapi juga dalam mana-mana hobi golongan optunis inilah yang merosakan hobi dan nilainya.

Tapi biar apa pun, SMk amat yakn sekali dunia Serama Mania akan terus meriah.

SMk

Saturday, 1 July 2017

Jenis-jenis Breeding Procedure

Cara yang mana bersesuaian dengan anda? Ada banyak cara, malahan cara sendiri seperti ikut kata hati juga ramai pengikutnya. Apa pun pilihan anda, yang penting kepuasan hati masing-masing. 😊





















Semoga berjaya 😆

SMk

Friday, 23 June 2017

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri



SMk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat SMk, Follower blog dan FB serta semua yang mengenali diri SMk.

Mohon Maaf Zahir & Batin.

SMk

Thursday, 22 June 2017

Persoalan Dunia Ayam Serama


Mula-mula sekali, SMk memohon maaf kerana lama tidak update blog ini dan mengenai tips berkenaan serama, malahan SMk juga tidak review update reban SMk dikampung. Ini kerana SMk lebih menumpukan kepada Ramadhan untuk tahun ini. 

SMk juga memohon maaf kepada sahabat-sahabat SMk yang memohon bantuan untuk repair dan sebagainya, kerana SMk lebih menumpukan kepada bulan Ramadhan sehingga meninggalkan banyak aktiviti rutin pada bulan lain. Insya Allah selepas Raya Aidilfitri, SMk akan aktif semula dalam dunia serama.

Bagaimanapun, ada beberapa persoalan atau topik yang dikemukakan oleh kawan-kawan SMk samada di Malaysia mahupun di luar Negara. Antara persoalan tersebut adalah seperti berikut:

1. Macam mana hendak mendapatkan ayam cantik yang bergaya?

2. Bagaimanakah caranya untuk memberikan lebih peluang kemenangan (atau lekat nombor) di bon atau pertandingan?

3. Permasalahan ubat-ubat ayam.

Untuk persoalan nombor satu, Macam manakah hendak mendapatkan ayam cantik yang bergaya? Jawapan SMk mudah saja. Ini kerana sifirnya mudah, cuma yang menjadi payah adalah kerana ego pemilik/breeder tersebut sahaja yang menjadi masalah utama. Ini kerana persoalan ini telah lama berlegar di dunia serama, malahan ada yang ditakuk permulaaan sampai hampir 10 tahun tetap sama dan tiada perubahan.

Nasihat atau jawapan SMk adalah, lihatlah kembali ke reban tuan-tuan. Jika masih mengunakan induk atau bapak yang memang dah nyata tak boleh menghasilkan ayam yang cantik dan bergaya kenapa perlu dikekalkan? Kenapa perlu habiskan masa sehingga 10 tahun? Sepatutnya pemilik lebih mengetahui. Ini kerana hanya dia saja tahu ayam mana yang dipasangkan/pair bagi mendapat hasil tertentu. Jangan hanya melihat kepada cantik, tubuh sahaja. Ini kerana ayam yang berperangai adalah merupakan ayam-ayam yang mempunyai sejarah darah atau ada pencapaian di arena pertandingan. Itu saja jawapan mudahnya. Walaupun pahit, itulah jawapannya. kalau tidak bergitu masakan player sanggup berabis duit dibon bagi mengejar anak-anak juara malahan bekas juara untuk dijadikan pembaka? Disitu telah menampakkan rahsia sebenarnya.

Untuk persoalan yang kedua, bagaimanakah caranya untuk memberikan lebih peluang kemenangan di bon ? 

Ini juga mudah, bagi SMk jawapannya ialah tumpukan kepada kemahuan aksesori dalam skima pertandingan. Janganlah main ayam cemar, sebolehnya main ayam satu warna. Bukan SMk menolak kecantikkan ayam berwarna warni? tidak, tetapi jika ikut skima pertandingan memang kenalah ikut skima dimana warna sebaiknya one colour. Sebab yang beri markah berdasarkan skima bukan berdasarkan hati kita. Jika kita rasa nak main cemar atau tak mahu ikut skima pertandingan, mudahnya belilah piala dan hadiahkan sahaja untuk diri sendiri, maka itu lebih baik. Jika ayam balung besar, sebaiknya cuba breed ayam yang lebih condong kepada balung mancis dan sebagainya. Maka terbukalah peluang untuk kehadapan.

Bab persoalan yang seterusnya, adalah bab ubat-ubatan ayam kita. Pada SMk, ubat yang digunakan mestilah mematuhi standard seperti berikut:

1. Mempunyai tarikh tamat tempoh yang nyata dan jika sudah luput hendaklah dilupuskan. Jika digunakan pastinya akan memberi risiko kepada ayam yang diternak.
2. Cara pengunaan ubat mestilah dinyatakan dengan tepat, jika ada tulisan lain seperti siam (SMK tak pandai baca tulisan Thailand) jadi memang SMk tidak akan mengunakannya.
3. Apabila botol ubat sudah dibuka, pastikan ubat disimpan mengikut aturan penyimpanan dan pengunaannya bagi megelakkan ubat menjadi rosak sebelum waktunya. Jika jenis kapsul pastikan botol tidak dimasuki angin dan disimpan pada suhu bilik bukannya atas reban diluar rumah.
4. Jika ubat hendak diberikan kepada ayam dalam jumlah banyak ekor, seperti ubat cacing, pastikan ubat tersebut diberi kepada seekor sahaja terlebih dahulu dan dibiarkan dalam tempoh 6 jam. Jika tiada effect baru diteruskan kepada ayam yang lain.
5. Ubat cacing mempunyai beberapa jenis, kebiasaannya ada 2 iaitu jenis ayam berpuasa atau ayam tidak payah dipuasakan. Ini juga memberi effect kepada kebekesanan ubat tersebut kepada ayam.
6. paling mustahak untuk dipatuhi adalah, dosage mestilah mengikut saiz dan berat ayam(umur). 

SMk