Saturday 10 May 2014

Ibu Muda

10-5-2014 9-08-24 AM

Induk dara atau ibu muda memang ada banyak masalah jika hendak memulakan Breeding process. Antara masalahnya adalah Telur lembik, tidak mahu mengeram dan tak bertelur.

Apa yang biasa saya lakukan adalah, saya pastika induk muda tersebut benar-benar matang dan ready. Jika dah ready seperti kelakuannya bila nak dipegang ayam mula merebahkan diri dan menbuka sedikit sayap seolah-olah bersedia di panjat pembaka jantan dan diikuti bunyi ayam yang nak bertelur. Jika ada ciri-ciri ini barulah saya asingkan induk muda tersebut selama 2 minggu. Saya akan bagi makana yang banyak dan air vitamin yang secukupnya.

Setelah itu barulah dimasukkan ke reban Breeding bersama pejantan dan induk-induk yang lain. Mula-mual memang akan berlaku suasana tidak harmmoni maklumlah lelaki di beri kawin banyak, poligami lah katakan. Adalah perselisihan antara induk juga akan berlaku. Jangan bimbang suasana ini cuma sehari dua sahaja. Selepas itu harmoni sudah rumahtangga.

Apabila bertelur didapati indukbertelur lebik maka, ubatnya ambil tulang sotong ditumbuk halus dan dimasukkan kedalam kapsul pil dan diberi makan sebiji sehari inya Allah gejala telur lembik akan dapat diatasi pada hari yang ke 3.

Jika ibu tidak mahu mengeram? Biarkan sahaja jangan dikisahkan kerana sampai masanya walaupun dah berpuluh telur induk tersebut pasti akan mengeram juga.

Jika tidak mahu bertelur guna lah Acid Folic insya Allah dapat diatasi. Diharap dapat membantu kawan-kawan diluar sana juga. Sekian terima kasih. SMk.

 

No comments: