Friday 16 May 2014

Sakit punggong bertahi dan ada kekuningan

16-5-2014 8-05-05 AM

Ini adalah sakit yang saya maksudkan, dimana di bahagian dubur ada tahi yang tak lepas dan melekat. Jika dibersihkan ada kesan kulit mengelupas yang berwarna kekuningan.. kemungkinan besar dari sel-sel kulit mati. Juga jika di guna cotton bath didapati dibahagian dalam pun ada kesan sel kulit mati ini.

Apa yang saya lakukan jika menghadapi situasi bergini ialah:

1. Membersihkan kawasan dubur dengan air suam, kemudian di sapu dengan minyak gamat dibahagian terbabit dan juga didalam dubur dengan mengunakan cotton bath supaya minyak gamat boleh dicapai masuk ke bahagian yang sukar.



2. Selepas itu untuk merawat ayam, saya gunakan sejenis ubat serbuk bernama Trimezyn-S untuk menjadi ubat syrup yang diberi minum pada ayam yang sakit.





Ubat ini dikira kombinasi ubat untuk masalah sakit seperti muka bengkak, masalah pernafasan, kolera dan juga untuk merawat sakit pullorum (berak kapur). Sakit ini tadi ada kaitan dengan pullorum.

Cara penyediaannya saya masukkan serbuk sebanyak 1 gram untuk 1 liter air. Itu jika sukatan untuk di masukkan kedalam bekas minuman ayam. Saya lebih suka memberi ubat pada ayam sakit dengan mengunakan syringe. Oleh itu jumlah sukatan yang saya gunakan adalah 5 gram dicampur air sebanyak 1 liter. Tetapi untuk sukatan atau dosage pada ayam saya beri cuma 5 ml dengan kekerapan 2 kali sehari.



Pemberian ubat ini diteruskan sehingga 5-7 hari berturut-turut. Kemudian barulah mengikut sukatan asalnya iaitu 1 gram untuk 1 liter air dimasukkan terus kedalam bekas minuman. Sehingga ayam sembuh seperti sedia kala.

Itu cara saya, mungkin ada cara yang lebih baik dipraktikkan diluar sana. Pengalaman adalah guru yang memberi ilmu yang paling berharga.

Sekian, terima kasih.

SMk

No comments: