Friday 16 May 2014

Kapsul tulang sotong

Masalah telur lembik, ayam tulang tak kuat dan sebagainya itu adalah antara perkara lazim dalam dunia serama.

Jadi macam mana buat kapsul tulang sotong?



Mula-mula sekali dapatkan tulang sotong seprti gambar diatas dan boleh didapati di kedai petshop berdekatan dengan tempat anda. Tolong pilih tulang sotong yang putih bersih tanpa ada sebarang kesan kotoran dan kulat. Nanti lain pulak jadi hasilnya.

Kemudian, beli kapsul kosong di farmasi.



Kemudian, mulalah menumbuk tulang sotong sehingga halus menjadi serbuk.



Setelah itu masukkan serbuk ke dalam kapsul kosong tadi. Seperti gambar di bawah. Dah siap, cukup mudah.



Untuk ayam yang bertelur lembik boleh diberi makan sebiji sehari. Insya Allah dalam 5 hari telur akan menjadi keras dan cantik. Untuk pejantan dan ayam muda, saya beri sebiji kapsul tulang sotong bersama-sama sebiji minyak ikan setiap 2 hari.

Ini kerana ayam dalam rebam yang jarang dilepas biasanya akan kekurangan garam galian dan mudah menjadi lemah dan tidak kuat. Oleh itu pengunaan makanan tambahan seperti tulang sotong ini amat bagus untuk ayam anda.

No comments: