Showing posts with label smk. Show all posts
Showing posts with label smk. Show all posts

Monday, 1 October 2018

Kertas Markah



SMk sangat tertarik dengan borang ini kerana pada kertas markah skema dinayatakan dengan jelas pada catatan, "Pengadil berhak membuat pemotongan markah, sekiranya ayam yang diadili diubahsuai, salah kategori atau dan bertanding melebihi satu kali melainkan dengan kebenaran penganjur".

Penjelasan seperti ini, dapat membantu dalam penilaian yang lebih telus. Sebagai contoh, jika pihak penganjur memberi kelongaran jika ayam salah kategori boleh ditukar kategori, maka ianya boleh dilakukan asalkan atas kebenaran penganjur. Sebagai pengadil tugas utama adalah menilai ayam. Maka jika dimaklumkan oleh penganjur awal, maka perkara ini amat memudahkan kedua belah pihak.

SMk sangat bersetuju dengan meletakkan catatan seperti itu pada borang markah kerana lebih menjamin ketelusan bagi pihak semua peminat yang mendaftarkan ayam mereka untuk pertandingan.

Wednesday, 4 July 2018

Tetasan inkubator



Hari ini bermula tetasan inkubator bagi line BOTB Sadong Jaya. Batch ini adalah merupakan batch ke6 bagi reban SMk di Kuching Sarawak. Setelah menetas semuanya nanti, termasuk induk yang tengah mengeram, jumlah tetasan akan menentukan samada anak-anak ini nanti akan kekal direban atau akan dilepaskan untuk jualan sebahagiannya.

Ini kerana direban SMk ini, peratusan tetasan setiap bloodline akan menentukan jumlah yang akan disimpan. Jika banyak untuk setiap batch barulah dilepaskan jika tidak ianya hanya akan dikekalkan sebagai pelapis reban.

Saturday, 3 March 2018

Pameran Ayam Serama di Kpg Tanjung, Petra Jaya




Peminat ayam serama di sekitar Kuching dijemput hadir, insya Allah SMk akan mewakili PKKASK dalam pameran yang diadakan di Dewan Kpg Tanjung, Petra Jaya. Pada 3 Mac 2018 - Sabtu.
(Booth Pameran Ayam Serama dibuka jam 10.30pg - 5ptg).

Seperti pameran yang diadakan sebelum ini, SMk pastinya akan menyediakan beberapa ekor ayam utk dijual. Harga semestinya mampu milik. Setiap kali SMk terlibat dengan pameran, jualan serama juga SMk jalankan bertujuan untuk memudahkan akses kepada peminat ayam serama untuk memiliki ayam serama terutama kepada peminat baru.

Misi 'Meluaskan hobi & Meramaikan Peminat'

Jualan hanya akan dilangsungkan di tapak pameran sahaja. Harap maklum. Terima kasih.

Thursday, 10 September 2015

Anak FireSharp



Induk line VIs yang dikawinkan dengan FireSharp telah menetas pada awal pagi ini. Nampaknya sihat dan jelas 2 ekor kuning.

Harapan hati, semoga membesar dengan baik dan boleh dibawa ke meja pengadil dimasa akan datang.

SMk

Wednesday, 16 July 2014

Sambung breeding



Oleh kerana dah berjaya 3 mengeram, jadi ditambah pula dengan induk ZX dan puteri raub. Semoga bertelur dengan baik nanti hendaknya.

SMk

Tuesday, 15 July 2014

Musim mengeram





Alhamdulillah 3 induk mengeram sekali gus. Semuanya dikawinkan dengan Patinggan. Semoga adalah anak-anak yang boleh di belai lepas raya nanti.

SMk

Sunday, 22 June 2014

Pagi ahad yang ceria

2014-06-01 08.40.522014-06-11 04.40.35
2014-06-01 08.35.30aviary_1401528926055



Alhamdulillah cuaca amat baik pagi ni. Bolehlah menjemur ayam-ayam pembaka yang ada sekejap. Ni lah 4 bapak pembaka yang digunakan oleh SMk untuk breeding.

Cuma kebanyakkan penumpuan adalah pada Patinggan kerana anaknya memang sah ada kualiti dan ciri-ciri yang saya gemari.

Saturday, 14 June 2014

King Cup



Alhamdulillah.. semoga makin ada patennya. Anak ni tak lah diasuh sangat, tetapi nampaknya memang ada bakat rasanya. Kalau baka baik memang mudah cuma budget lah jadi payah.

Lagipun ni lah kali pertama kita main baka ni. Harap ada keserasiannya nanti.

SMk

Monday, 9 June 2014

FireStorm



Adik FireFlash mulai hari ini akan dikenali sebagai FireStorm. Semoga menjadi ribut yang menganas di meja.

SMk

Tuesday, 27 May 2014

Baja haiwan



Alhamdulillah baja haiwan yang di order telah sampai. Setelah mengunakan baja haiwan ni saya dapati ianya amat baik untuk mengurangkan bau dari tahi ayam di reban.

Oleh itu saya amat saran kan para pembaca dan peminat mengunakannya juga. Untuk makluman saya telah mengunakan baja haiwan sejak dari bulan disember 2012 lagi.

Tapi nak order, jangan order kat saya pulak ye. Sebab saya bukan penjual atau wakil menjual baja haiwan. Saya cuma salah seorang pengunanya sahaja.

SMk

Sunday, 25 May 2014

Induk sammy melur..



Baru dimandikan setelah gagal dalam cubaan mengeram kali pertamanya. Menanti kekosongan reban, akan dimasukkan bersama patinggan.

Thursday, 1 May 2014

Dayang Mas



Induk ni baru mengeram semalam, terus diasingkan dari reban pembaka.
Telur ada dalam 6 biji, biarlah asalkan pandai mengeram. Projek kali ni mengunakan semua ibu dan bukan inkubator.. Kita lihat hasilnya nanti.

Fireflash



Cuaca baik hari ni di kuantan, ambik kesempatan untuk bagi mandi dulu. Tak tahu sama ada akan ikut bapanya atau tidak.

Apapun ni lah rezeki Allah pada ku. Kalau boleh bawa pergi game akan dibawa, kalau tak jadi pembaka.

Sunday, 27 April 2014

Induk vx





Induk vx yang datang sekali ngan patinggan dah mengeram. Semoga ada lah hasilnya nanti..