Showing posts with label anak reban serama man k. Show all posts
Showing posts with label anak reban serama man k. Show all posts

Sunday, 13 September 2020

Hari Ahad di Reban SMk

 Pada hujung minggu seperti biasa, SMk lebih banyak menghabiskan masa direban SMk berbanding hari-hari yang lain. Oleh itu, pada hari ini, SMk seperti biasa mengemaskini ayam serama direban dalam bentuk rawatan, pembaikan atau perawatan malahan memenuhi jadual supliment seperti yang telah direncanakan pada setiap bulan.


 Antara anak reban, ayam jantan yang ada direban SMk sekarang adalah seperti yang dirakaman video diatas. Ayam jantan ini semua, SMk asuh khas untuk dijadikan sebagai pelapis pembaka reban SMk. Kedua-dua anak ayam jantan ini belum SMk berikan nama lagi. Mungkin nanti apabila mendapat satu cetusan idea, SMk akan berikan nama yang sesuai untuk kedua-dua ayam ini. 

Ayam Muda ini pula SMk berikan nama FireIstinggar bermula dari hari ini. Tadi SMk cuma sempat mengelap ayam ini dengan span yang basah kerana di Kuching sekarang masih hujan dan berangin sejuk. Malahan untuk mengeringkannya tadi SMk terpaksa mengunakan hair Dryer bagi mamastikan ayam tetap sihat tanpa sebarang kejutan perubahan suhu yang drastik. 

Jika cuaca baik, SMk akan bagi mandi ayam Muda ini dan seterusnya pada hujung minggu akan datang, SMk akan adjust bilah ekor ayam ini supaya lebih sesuai dengan seekor ayam kategori Muda. Walaupun ayam SMk tidak berpeluang hadir ke bon kerana SMk merupakan pengadil ayam serama di Sarawak, namun ianya tidak menghalang SMk dari menyiapkan ayam serama supaya kekal cantik dan bergaya mengikuti spesifikasi pertandingan untuk dirumah SMk. 

Apa yang penting adalah ayam kesayangan SMk dijaga dengan baik, disayang dan memberikan hasil dan keseronokkan kepaada kita sebagai pemiliknya. 

SMk

Friday, 12 June 2020

Anak Ayam Serama



Seekor anak ayam yang masih dibawah jagaan ibunya. Anak ini menetas di awal hari Raya puasa dan merupakan anak tunggal. Alhamdulillah, masih nampak sihat dan aktif jika bersama dengan ibunya, namun agak sopan kalau diletakkan diatas meja. 

Masih tidak dapat dipastikan jantinanya, anak ini adalah dari line Jang Botak ganu dan kali ini, SMk sangat berharap agar anak ini menjadi ayam jantan jika diizinkan Allah. Melihat kepada cutingnya, ayam ini mempunyai potensi yang amat baik. Insya Allah nanti sampai masanya, SMk akan update tentang anak ini, dan memberi nama kepadanya. 

SMk

Friday, 5 July 2019

DirtyMaverick


DirtyMaverick semakin positif dan nampak semakin sedap dipandang. Hari ini kali yang keempat ditanya peminat serama. Tetapi seperti yang SMk maklumkan sebelum ini, ianya akan dilepaskan jika kena pada harga, jika tidak SMk lebih rela menjadikannya sebagai pelapis pembaka reban.



DirtyMaverick lebih banyak mengikut ciri bapaknya iaitu DirtyAryan Jr dengan bertubuh tinggi, tubuhnya tegak hampir 90 darjah dan memiliki kaki yang lurus dan slim. Insya Allah kalau mengikut bapaknya, anak ini akan lebih menarik gayanya apabila masuk remaja nanti.



SMk akan cuba melatih DirtyMaverick sebaiknya selagi ianya masih ditangan dan penjagaan SMk. Potensi yang ada padanya amat seronok untuk diterokai dengan memberi ruang bersama-sama dengannya membesar direban.

SMk

Tuesday, 2 April 2019

Induk Reban Menetas




Semalam tiga ekor induk reban menetas dengan membawa anak-anak dari line 69, line Fire dan line Pok Syed. Semoga anak-anak kali ini banyak jantan dan membesar hingga dewasa dengan baik dan sihat.

SMk

Sunday, 22 July 2018

Sri Salak


Sri Salak telah mulai diasingkan dari induknya bermula semalam. Masih dalam pengasingan dan dipantau rapi. Insya Allah dalam masa 2 minggu lagi akan mula memberi respon dan mula bergaya dimeja. 

Anak ini akan boleh dimainkan pada game PKKASK dihujung bulan Ogos nanti. 

SMk

Saturday, 31 March 2018

Anak DirtyAryan


Akhirnya, anak yang ditunggu-tunggu iaitu pasangan kepada DirtyAryan ini telah menetas dengan 2 ekor anak yang dieram secara semula jadi dan 2 ekor melalui pengunaan inkubator. Setakat ini, anak ini masih dalam keadaan yang sihat. 

Semoga dari tetasan ini SMk akan memperolehi seekor 2 anak jantan yang boleh meneruskan legasi DirtyAryan. Oleh kerana Game di Sadong Jaya telah ditunda kepada satu tarikh yang baru maka SMk telah memasukkan pasangan yang baru kepada DirtyAryan bagi mendapatkan lebih banyak hasilnya.

Anak-anak DirtyAryan akan disimpan, dan hanya dilepaskan kepada peminat serama yang benar-banar serius sahaja.

SMk

Monday, 19 March 2018

Sembang Petang



Petang tadi sempat meluangkan masa bersama sahabat kita iaitu Arziz yang berkunjung ke reban SMk di Semariang Aman. Sambil membantu beliau membetulkan kedudukkan ekor ayamnya, SMk juga berkongsi ilmu dengannya cara untuk trim bulu ayam serama dan cara-cara mengasuh ayam serama.

Sebelum balik, Arziz juga membeli seekor anak ayam line Ara dan membuat pilihan sendiri antara 3 ekor anak. Rasanya dia memilih yang kecil sekali tapi gambar lupa kita ambil. Semoga anak tersebut berjasa direban beliau nanti. Jika diasuh dengan baik, anak tersebut boleh dibawa ke bon. Kalau mengikut kategori, anak yang dibeli beliau adalah anak A siap yang boleh dibawa ke bon.

Apa yang penting, SMk telah berkongsi hobi dengan mereka yang berminat berserama dan rasanya dapat membantu mereka yang berminat ini untuk menjadi pelapis baru kepada hobi berserama di Sarawak.

SMk

Tuesday, 13 March 2018

Anak Reban


Anak Reban SMk ini adalah dari line Pok Syed Penang. Sungguh positif anaknya, seekor jantan dan seekor tina. Nampaknya anak jantan lebih positif mengikut line yang sedia ada. Jika berterusan positif sehingga dewasa, anak ini akan dijadikan penganti kepada pembaka yang sedia ada.


Ini video yang diambil 4 hari sebelum ini, dan kali pertama diletak diatas meja. Walaupun masih berusia bawah 2 minggu, anak ini telah memberikan aksi yang agak menarik bagi SMk. Kedua-dua video diatas adalah memfokuskan anak ayam yang sama. 

SMk





Thursday, 22 February 2018

FireKencana



Anak ini SMk namakan sebagai FireKencana mengikut aliran bloodline asalnya. Jika mengikut FireCroc (FC) makanya warna anak ini nanti akan berubah sesikit kuning kemerahan.

Semoga terus sihat dan membesar dengan baik. Aamin.

Tuesday, 20 February 2018

FireWijayaMala



FireWijayaMala semakin positif, dengan tubuh yang agak menarik. Mengikut pengalaman SMk, line ini akan mula datang watak atau perangainya sekitar berumur 2 bulan keatas. Oleh itu, penjagaannya amat diberi penekanan agar anak ini bersedia terlebih dahulu dari segi jasmani sebelum muncul perangainya nanti. 

SMk bagi tempoh 3 minggu lagi bagi melihat perkembangannya selepas ini.

SMk

Tuesday, 13 February 2018

Hatching



Sejak 2 minggu ini, banyak induk reban SMk telah membawa turun anak bagi projek suku pertama 2018. Setakat ini, anak-anak dari ayam-ayam yang pernah mendapat juara/BOTB di Semenanjung dan Sarawak ini telah SMk asingkan bagi tujuan penumpuan untuk latihan apabila sampai waktunya nanti. 

Isolation ini juga penting bagi menjaga bloodline setiap anak-anak ini agar tidak bercampur bagi memastikan ketulinan darah atau bloodline mereka direban SMk. Kualiti amat dititik beratkan berbanding kuantiti. Perkara kualiti ini sememangnya telah diterapkan direban SMk sejak reban di Kuantan lagi. Maka ianya bukanlah suatu perkara yang baru bagi SMk.

Setakat ini, peratusan penetasan telur adalah 99.3 peratus dengan kadar kematian anak tetasan masih ditahap zero. Penjagaan dan kekuatan baka atau kestabilan baka amat menyumbang kepada kejayaan setakat ini. Semoga rezeki ini berterusan. Aamin.

SMk

Pembaka BlackRose


Pada 1 Februari 2018, BlackRose telah bergelar bapa kepada beberapa ekor anaknya direban SMk di Semariang Aman, Kuching Sarawak. Anak kepada pembaka ini ada telah ditempah oleh kawan-kawan dan follower SMk. Tetapi ada syaratnya, SMk hanya akan melepaskan anak jantan sahaja buat permulaan ini kerana SMk masih kekurangan ayam betina direban SMk.

Apa yang penting adalah anak-anak ini sihat membesar sehingga dewasa dan berbakti direban SMk. Setakat hari ini, semua anak-anaknya masih sihat dan cergas.

SMk

Thursday, 1 February 2018

FireWijayamala


Seekor anak reban SMk iaitu adik beradik kepada FireAdruja telah mula SMk latih dimeja. Anak ini amat positif dengan memiliki tubuh yang sama seperti abangnya. 


Setakat ini, anak ini lebih kelihatan sebagai anak jantan. Selepas 1 bulan nanti SMk akan teruskan dengan memindahkannya ke reban diluar rumah bagi sesi latihan yang maksimum.

SMk

Monday, 22 January 2018

Update Reban 22/1/2018


Update reban..
Mengeram 22/1/2018
Expected deliver 11/2/2018
Line MengKB vs Nazrul Amir Ganu 
Line Mahizan Mohamad
Line Poksyed
Line Fire
Inkubator status runinng. Delivery date anytime.
P/s
Induk netas line Mahizan Mohamad vs Godic SuperJr no1. Oleh itu, esok pagi SMk akan menyusun semula sistem pembaka yang sedia ada bagi memasukkan induk baru kedalam reban breeding.

SMk

FireAdruja SOLD


FireAdruja telah bertukar tangan dan terjual kepada seorang peminat dari Sibu iaitu Encik Yusri. Beliau amat berminat untuk memiliki FireAdruja walaupun dengan harga yang agak tinggi. Semoga ayam tersebut berjasa kepada beliau direbannya di Sibu nanti.

SMk

Sunday, 31 December 2017

Fire Adruja




Anak ayam berumur 4 minggu, berdarah Fire mengikut susur galur breedingnya. Maka dengan itu, hari ini SMk menamakannya dengan nama FireAdruja. Semoga sesuai dengannya, yang pasti adalah jika ayam ini masih bersama SMk pastinya ianya akan menjejakkan kakinya ke bon 😃.

SMk

Saturday, 30 December 2017

Sold Anak B



Seekor anak B milik SMk telah dijual kepada seorang peminat yang telah booking agak lama. Ini merupakan anak King650 dan menetas di reban SMk.

Semoga ayam ini berjasa kepada tuan barunya. Amin.

SMk

Friday, 29 December 2017

Induk menetas



Dob 29/12/2017

Syukur alhamdulillah, induk muda yang mengeram dah mula menetas. Nampaknya musim rahmat musim hujan yang lepas telah memberi seribu rahmat kepada reban SMk di Semariang Aman ini.

SMk bagi tempoh selama 24 jam untuk induk tersebut mengeram dan SMk akan sediakan brooder bagi induk tersebut menjaga anak-anaknya nanti.

SMk

Tuesday, 26 December 2017

Line Pok Syed


Menetas 12/12/2017

Untuk anak line ini, SMk tidak akan melepaskannya atau dijual kerana ianya akan dimasukkan semula dengan ibubapanya bagi breeding 2018 nanti. Setakat ini anak ini telah membesar dengan baik.

SMk

Sunday, 26 November 2017

Anak Reban November 2017

Batch 1/2017
bloodline Mahizan Mohamad Ganu.

Batch 2/2017
DOB 21/11/2017
bloodline Godic

Batch 3/2017
DOB 25/11/2017
bloodline Hilmi Alwi (Jantan) vs Pok Syed (Induk)

Alhamdulillah semuanya sihat dan cergas, semoga terus membesar sebagai johan di arena serama nanti.

SMk