Saturday 12 November 2016

Pembaka Muda (SonicDueChento)


Alhamdulillah, setakat ini SonicDuechento telah berjaya menghasilkan satu generasi apabila dikahwinkan dengan Line Fire dan mendapat dua ekor anak berwarna yellow yang sinonim dengan Fire. Anak-anak ini akan SMk pantau kerana untuk melihat kebolehan SonicDuechento samada boleh diteruskan sebagai pembaka atau tidak.

Sementara kita menunggu keputusan hasil tersebut didalam beberapa bulang yang mendatang, SMk telah memasukkan seekor Line Fire Dara sebagai penemannya semoga terus cemerlang dan kekal subur.

SMk

5 comments:

Anonymous said...

Lama xjenguk sifu kte ni :) xsgka a.man pom pndai ckp tranung..bulang y mndtg hehehe.gurau je bang.. comei kuning2 tu..insyaallah jd tu bang.

MieG
#Duk tgu ke tlor,xnetas2 last2 buang je.xdok benih.xdok rezki lg ..pglmnnn2 ..dua dua ibu xjd.pembaka xrok ke gtu?

Serama Man k (SMk) said...

takpe. kita pun banyak kawan2 dari terengganu. Dok jadi masaalah.. kikih..

Induk tak netas? takde benih? dah di confirm maksudnya dengan diteropong? Juga lihat kepada usia induk yang digunapakai, samada Muda atau terlalu tua. Jika semuanya ok maka Induk pastinya tiada masalah jika memang berbenih semasa diteropong selepas seminggu mengeram. Jika tiada benih mustahil dua-dua ibu bermasalah, maka jika bergini kita lihat kepada si penjantan kerana dia je seekor. Kemugkinan masalah berpunca dari si jantan.

Anonymous said...

Sy rsa sbb pjntan jgok a.man sbb dlu gn pjtan lain utk induk A tu..elok smuaa mnetas 7tlur.induk B mmg 2nd tme btlor n kli ptama ltk sma pjntn.. ad tnda fizkal utk knl pasti pjantn y bsmalh ke a.maan? Kki xkuat ke ap..tq a.man byk tnjuk ajar

MieG

Serama Man k (SMk) said...

kalau ikut pengalaman kite lah, penjatan macam tu memang tak boleh guna sebab sebelum ni kedua betina tu elok je bertelur dengan jantan lain. Kadang-kadang ayam penjantan rosak ni tak nampak dari segi kelemahan structure tetapi lebih kepada rosak apabila dilakukan pembedahan di area ekor yang dilakukan oleh orang yang tidak bergitu arif saya kira.

Kalau kaki lemah dan sebagainya itu hanya tanda fizikal yang mudah untuk dikenal pasti maka kemugkinan kita boleh simpulkan ayam tak berapa gagah panjat bertina.

Solusi untuk masalah ini, saya sarankan sebaiknya cari pembaka lain jika ada atau boleh bagi peluang kedua kepada pembaka tersebut jika tiada pengantinya buat tempoh yang singkat.

Anonymous said...

trima ksih abg man :) trima ksih sudi tnjuk ajr org br mcm kite.. skrg induk br mgeram plak.gna pjntn y sma.kta bg oluang kdua hihihi smntra cri pjntn elok..thniah bon msra di kuching.tbaikkkk

MieG