Showing posts with label sonicduechento. Show all posts
Showing posts with label sonicduechento. Show all posts

Saturday, 12 November 2016

Pembaka Muda (SonicDueChento)


Alhamdulillah, setakat ini SonicDuechento telah berjaya menghasilkan satu generasi apabila dikahwinkan dengan Line Fire dan mendapat dua ekor anak berwarna yellow yang sinonim dengan Fire. Anak-anak ini akan SMk pantau kerana untuk melihat kebolehan SonicDuechento samada boleh diteruskan sebagai pembaka atau tidak.

Sementara kita menunggu keputusan hasil tersebut didalam beberapa bulang yang mendatang, SMk telah memasukkan seekor Line Fire Dara sebagai penemannya semoga terus cemerlang dan kekal subur.

SMk

Sunday, 9 October 2016

Sonic Duechento


Setelah induk yang dimasukkan dengan Sonic Duechento mengeram, SMk cuba bawa keluar dan letak diatas meja. Nampak positif cuma perlu dimandi dan dikemaskan sedikit jika mahu dibawa berjalan-jalan ke game dimasa akan datang.

Pasangan yang SMk padankan Sonic Duechento ialah ayam darah asal betina dari reban SMk. Semoga hasilnya positif.

SMk

Tuesday, 9 August 2016

SonicDuechento (update)


Seperti ramalan SMk, ayam ini bertubuh manja dan minggu lepas SMk telah melakukan 2 operasi zick zack rusuk dan 2 minor operation untuk membetulkan kedudukan ekornya. Setelah dirawat, ayam ini nampaknya memberi perkembangan yang positif. Semoga terus sihat dan boleh diketengahkan.

SMk

Monday, 25 July 2016

SonicDueChento


Ayam ini SMk beli semasa anak B dari sahabat kampung SMk yang menetap di Sarawak iaitu Cikgu Razak. Ayam ini SMk beli semasa di Bon Pasar Datuk Keramat yang lalu dengan niat untuk dihantar ke kampung SMk. Tetapi setelah diteliti keadaannya, SMk dapati ayam ini perlukan penjagaan khas maka SMk bercadang menjaga ayam ini untuk dibawa ke Kenyir nanti Insya Allah.

Oleh kerana SMk membeli ayam ini dengan harga RM200, maka SMK memberi nama nya dengan nama DueChento bermaksud dua ratus dalam bahasa Italy. Sonic pada pangkal nama adalah menunjukkan ayam ini adalah ayam yang SMk beli dan bukan dalam baka Fire.

SMk