Sunday 27 November 2016

Sembang-sembang petang dan malam



Beberapa hari yang lalu SMk telah melakukan banyak usaha untuk pembersihan reban secara besar-besaran dan semua isi didalam reban telah SMk mandikan dan jemur. Menariknya kali ini, SMk telah menjemur ayam-ayam SMk dibawah rumah SMk, dimana ayam-ayam ini kebanyakkannya tidak pernah dibawa turun kebawah sama sekali sejak menetas. Mungkin pengalaman ini akan menjadi kenangan buat kebanyakkan ayam-ayam ini.

Beberapa hari ini juga hampir setiap petang dan malam, SMk dikunjungi rakan sejati didalam dunia serama SMk iaitu oleh Apis Pasir Mas, Zack Serama Hiro, Alang Lang Merbau dan Rizal Fahamee. Oleh kerana kedatangan mereka untuk bersembang dan melihat serama, SMk telah membawa keluar beberapa ekor ayam simpanan SMk yang tidak pernah SMk upload Fotonya di FB melainkan pada hari berkenaan.

SMk juga telah melepaskan 1 jantan dan 2 betina kepada alang untuk dimulakan sebagai line Fire kepada beliau. Insya Allah kalau ada rezeki alang, pastinya membawa tuah. Tuah ayam dikaki, manakala tuah manusia siapalah yang tahu.

Beberapa ekor ayam betina juga SMk telah hantar ke kedai Petshop untuk dijual disana. Ayam ini SMk letak dikedai Sani Jaya Gading dengan kaki bertag kuning. Jika ada rezeki pembeli, seekor darinya boleh dibuat ayam game. Ini kerana SMk dalam proses memperkasakan reban di Sarawak oleh itu reban diKuantan perlu dilakukan penyusunan secara drastik.


Manakala MIsz Aztec ini, akan SMk serahkan kepada Zack Serama Hiro bagi mengotakan janji SMk kepadanya. Semoga boleh zack kuatkan darah Fire yang ada beliau dengan memasukkan Misz Aztec dengan FireVirachocha. Semoga berhasil hendaknya.

SMk

1 comment:

Anonymous said...

Mungkin ini rhsia keanggunan serama abg man :) kki jrg cecah tnah hihihi

Reban d srawak ad blog jgk ke a.man?

MieG