Saturday 7 January 2017

Pembaka VII dan Pembaka VIII


Projek berhasil dengan dimulai oleh Pembaka VIII dengan induk MiszDuyong pada 4/1/2017 dan sekarang telah memiliki 2 biji telur. Kita nantikan masa induk ini mengeram dan melihat hasilnya kemudian nanti.


Bagi Pembaka VII pula ianya telah mula bertelur pada 5/1/2017 dan ada 3 biji telur. Induk muda ini bertelur buat kali kedua pada kali ini. Induk semakin menampakkan kematangan dan pasti akan mengeram apabila tiba waktunya nanti.

Anak-anak dari kedua pembaka ini akan SMk hantar ke kampung halaman bagi menguatkan breeding program yang telah SMk rancangkan sebelum ini. Semoga ada hasil yang akan menjadi dan mengeluarkan anak-anak yang positif.

SMk

7 comments:

Anonymous said...

Semoga ada hasil yang akan menjadi dan mengeluarkan anak-anak yang positif...insyaallah

A.man boley share ap pmknan aym2 d rban.nmpk sehatt n segar.blung merah2 tu..

MieG

Serama Man k (SMk) said...

sebenarnya tak susah, tetapi yang susah adalah disiplin kita sebagai pemilik samada boleh menepati memberi makanan tambahan kepada ayam2 kita.

Sebagai contohnya, kita perlu beri

seminggu 2 kali iaitu :
Minyak ikan
tulang sotong
madu

Makanan
1/3 dedak hitam
1/3 jagung halus
1/3 temukut/kepala beras

air minuman
campuran baja haiwan

perubatan/perlalian
vaksin(jika tidak guna baja haiwan)
ubat cacing (setiap 6 bln kalau brand ubat cacing yg SMk gunakan)
V-22 setiap 2 biji seminggu

jika boleh disiplin dengan makanan terbabit inysa Allah ayam akan sihat serta kadar kematian adalah cuma 0.9% kematian setahun.

Anonymous said...

alhamdulillah bang..trima kasih ilmuu serama y abg kgsi.trima ksih byk2 bang..smoga dgla ursn abg dpmufhkan Allah.

Mie G

Serama Man k (SMk) said...

sama-sama

Serama Malaya said...

Terbaik Abe Man.. Ilmu penuh di dada tuan otai kita ni.. huhuhu

Serama Malaya said...
This comment has been removed by the author.
Serama Man k (SMk) said...

kite kongsi apa yang kita amalkan, dan tahu jah abe Malaya.. ilmu tak penuh didada.. tp bulu dada ada lah jugak.. kikih