Saturday 21 January 2017


Semalam SMk telah ke Reban saudara Rizal Fahamee di Cenderawasih Kuantan bagi mendapatkan 5 ekor anak B tina untuk dihantar ke Sarawak bagi membantu program breeding yang telah SMk rancangkan apabila SMk telah menetap di kampung halaman SMk nanti.

Dari pengamatan mata SMk, reban beliau agak terurus dengan baik dan mempunyai sekurang-kurangnya 4 pembaka aktif. Semasa berada disana juga, SMk mendapati ada banyak anak A dan pastinya dalam tempoh 2 bulan lagi akan nampaklah hasil-hasil dari anak A tersebut. Rasanya ada beberapa ekor anak tersebut yang agak positif. 

Kepada yang berminat untuk mendapatkan ayam serama juga boleh menghubungi sahabat SMk ini ditalian 019-9377363. Insya Allah jika pandai menawar akan pasti mendapat ayam yang baik-baik dengan kadar yang amat berbaloi. 

SMk

2 comments:

Serama Malaya said...

Lawa reban.. very artistic style.. huhuhu..

Serama Man k (SMk) said...

lain dari yang lain kan, dalam minat berserama ni macam2 keasyikkan yang SMk jumpa, dan ianya merupakan satu pengalaman yang amat berharga sekali. Insya Allah yang baik akan kita jadikan tauladan dan sumber inspirasi dalam ingatan, manakala yang tak baik kita letak jauh2 ketepi biar ukhwah yang menjadi keutamaan.