Sebentar tadi, SMk telah berjumpa dengan sahabat serama SMk iaitu Amzah Jon, bagi menyerahkan kertas kerja penganjuran pertandingan ayam serama di Taman Malihah. Menurut Amzah Jon, perkara tersebut akan dibawa ke Mesyuarat KK nanti pada hari Ahad. Semoga dipermudahkan urusannya. Aamin.
Semasa berbincang di Sahabat Khan tadi juga, SMk dan Amzah Jon didatangi oleh seorang lagi sahabat serama iaitu saudara Manto. Sembang serama terus rancak dan menarik. Semoga sahabat-sahabat SMk terus ceria dengan hobi ayam serama dan menikmati hobi tersebut dengan kepuasan dan keseronokan.
Alhamdulillah penganjuran pertandingan ayam serama di Kubah Ria telah berlangsung dengan jayanya. Pihak PKKASKSS dengan ini mengucapkan terima kasih atas kehadiran peserta dan semua peminat yang memberi sokongan selama ini.
Pada hari tersebut juga, SMk sekali lagi diberikan amanah sebagai Pengadil ayam serama pada pertandingan tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik atas izin Allah.
Berikut adalah acara BOTB pada hari tersebut.
Tahniah kepada pemenang yang berjaya, kepada yang kurang berjaya boleh cuba lagi di pertandingan yang akan datang.
Minggu hadapan iaitu pada 02/02/2020 pihak PKKASKS sekali lagi akan menganjurkan Pertandingan Ayam Serama. Menariknya kali ini, pertandingan kali ini juga akan melayakkan setiap pemenang untuk mengutip mata bagi merebut gelaran Raja Serama Malaysia (Sarawak).
SMk telah balik ke kampung halaman pada ahad 16 Julai 2017. Setelah menguruskan beberapa perkara dan berehat, SMk telah meninjau keadaan reban semetara SMk.
Secara amnya, ayam-ayam ini dalam keadaan yang memuaskan dengan kesihatan yang boleh dikatakan baik. Setelah memeriksa setiap ekor dan sangkar yang ada, SMk dapati beberapa induk yang sedang mengeram terpaksa diberi mandi semula kerana banyak telur yang kosong setelah dilakukan candling.
Oleh kerana pada hujung minggu tersebut iaitu pada 23 Julai 2017 akan diadakan bon mini, maka SMk telah memilih bebrapa ekor ayam untuk dibawa oleh adik SMk iaitu Aman APM.
Ayam yang dipilih ini nanti akan SMk siapkan agar ready untuk bon tersebut.
Alhamdulillah, kali ini SMk telah berjaya menganjurkan satu bon mini untuk dijadikan pemangkin lepada lebih banyak bon anjuran Kelab Pencinta Unggas dan GBBs di masa akan datang. Walaupun SMk hanya mempunyai 14 hari sahaja di Sarawak tetapi pada 3hb Disember 2016 terlakar sejarah penganjuran game buat pertama kalinya diadakan di Bandar Baru Semariang, sejak kali terakhir diadakan sekitar tahun 2000 di Tapak Semariang di Simpang traffic light.
Acara yang SMk adakan kali ini hanya 2 kategori iaitu Ayam tercantik dan Raja Kibas.
Sambutannya boleh SMk katakan agak meriah dengan melihat kepada keluasan Sarawak yang besar dan amat bersesuaian dengan bon Mini yang SMk anjurkan. Kualiti ayam-ayam yang hadir dalam penyertaan juga amat positif dan mempunyai satu halatuju yang baik di masa hadapan.
Pemenang pada hari tersebut ialah:
Ayam Tercantik dimenangi oleh Paul dari Serian
Raja Kibas Bandar Baru Semariang dimenangi oleh Eppy Mazlan dari Sg Bedaun
Insya Allah, SMk akan adakan pertandingan dengan kekerapan 1 kali sebulan atau 2 bulan sekali apabila telah kembali menetap di Kuching Sarawak nanti.
Keseluruhannya, SMk amat berpuas hati dengan Pertandingan dan Ramah Tamah tersebut.
SMk dengan ini menjemput rakan-rakan di Sarawak amnya dan sekitar Bandaraya Kuching khasnya bagi memeriahkan aktiviti ini disamping kita mengadakan ramah tamah bemesra, kita juga turut mengadakan cabutan bertuah dan kategori Raja Kibas bagi peminat yang hadir. Kehadiran peminat-peminat amat SMk alu-alukan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi SMk ditalian 013-7706010.