Showing posts with label ayam serama man k. Show all posts
Showing posts with label ayam serama man k. Show all posts

Thursday, 7 January 2021

Bakat Baru


 

Ada bakat baru telah dikesan di Reban SMk, nampak sangat positif dari segi tubuh badan. Kondisi anak sua ekor ini juga nampak sangat baik dan sihat. Mungkin minggu hadapan, SMk akan mula memberi vaksin dan seterusnya ubat cacing kepada anak-anak ini nanti. 

SMk

Wednesday, 30 December 2020

Anak Serama?


 Semalam semasa memberi makan ayam direban, terdengar ada bunyi anak ayam dan ibu yang agk kuat. Sekali dibuka pintu yang ada ibu mengeram, saya dapati ada induk yang dah menetas telurnya dan dah siap bawak anaknya keluar dari bekas mengeram. 

Oleh kerana reban mengeram saya mengunakan jaring sebagai lantainya, maka saya terus mengalihkan anak dan ibu ini ke satu bilik lain yang berlantai bagi memudahkan ibu mengasuh anak dengan suhu yang lebih terkawal. 

SMk

Friday, 10 July 2020

Induk SG Menetas


Alhamdulillah Induk SG SMk telah menetas pada pagi tadi dengan tiga ekor anak berjaya menetas dengan baik. SMk telah memindahkan family ini kebilik brooder untuk penjagaan seterusnya. Semoga membesar dengan baik dan menjadi pelapis untuk reban SMk dimasa akan datang. 

SMk

Tuesday, 12 February 2019

Update Video lepas

Oleh kerana kesibukan sedikit masa yang lepas maka, SMk hari ini update video-video yang telah diupload ke youtube, namun tidak dinaikan menjadi artikel diblog ini. Oleh itu, SMk rangkumkan semuanya sekali sebagai satu update post.

Pembaka Reban

Anak A (Sold)

Anak A (Sold)

Anak (Sold)

Anak A (Sold)

Puteri Santubong

Anak pelapis reban

FireKencana Update

SRyan

DirtyAryan Update

Pelapis Induk

Anak C tina

Betina Remaja

SMk

Sunday, 1 July 2018

Anak BlackRose

Sedikit Update berkenaan anak BlackRose batch pertama yang SMk namakan sebagai line Ara. Walaupun anaknya tidak membawa warna ara tetapi cuting tubuh anaknya sangat mirip menyerupai bapanya BlackRose. 


Masih belum diasingkan


Sehari sebelum dipisahkan, abangnya dibeli sahabat SMk


Video terkini

Secaraamnya, SMk sangat berpuasa hati dengan Line Ara yang telah BlackRose turunkan direban SMk, Insya Allah ada beberapa ekor anak yang akan menguatkan warna Ara yang telah menampakkan hasilnya.



Keluarga besar Line Ara

Untuk ibu dan anak ini, SMk akan asingkan dalam tempoh 2 minggu lagi dan akan dimasukkan kembali dengan Pembaka Utama Line Ara iaitu BlackRose.

SMk

Sunday, 22 April 2018

FireHector




Anak ini SMk namakan sebagai FireHector kerana gayanya dan ketrampilannya sebagai warrior yang telah jelas kelihatan walaupun hanya berusia 1 bulan setengah sahaja. Apa yang baik tentang anak ini, ialah ianya bebas jarum, dan selam ori tanpa sebarang urutan.

Anak ini jika terus membesar dengan baik akan menjadi satu kebanggaan pada suatu masa nanti. Ada yang telah merisik anak ini, namun harga yang ditawarkan belum sepadan pada hemat SMk. Oleh itu, ayam ini hanya akan dilepaskan kepada mereka yang benar-benar berminat dalam memiliki ayam serama yang baik dan sanggup membayar dengan harga yang sepatutnya bagi seekor ayam serama. 

SMk

Tuesday, 31 October 2017

Pameran Ayam Serama di Garage Sale Satok


Pada 28 dan 29 Oktober 2017, SMk telah terlibat dengan pihak Ranting Muda Hashim Satok dalam menjayakan aktiviti mereka iaitu Garage Sale Satok, Kuching. SMk telah membuka booth pameran Ayam Serama ditapak yang telah disediakan oleh mereka.

Sepanjang pameran, SMK dibantu rapat oleh Aman Apm dan beberapa ahli PKKASK seperti Malek, Sapari, Mely, Cikgu Shharin dan saudara Akub.

Pada hari pertama kunjungan dari warga setempat amat mengalakkan dengan segala macam pertanyaan, tidak kurang juga yang mengambil peluang ini untuk bergambar dan berselfie dengan ayam serama yang terkecil di dunia ini.


Disini juga SMk mendapati ramai kanak-kanak sangat suka dengan serama dan turut mempengaruhi ibu bapa mereka untuk turut berkunjung ke booth pameran ayam serama. Ianya telah mengalakkan kedatangan sekali gus menjadi wardah rekreasi yang sangat bermanfaat bersama keluarga mereka.

Pada hari kedua SMk didatangi oleh kebanyakkan pengunjung dari hari pertama yang lebih berminat dan ada yang mula membeli ayam serama yang telah SMk sediakan bagi jualan. Impak pameran ini sangat besar kerana SMk boleh mendekati masyarakat secara rapat dan memberi pendedahan mengenai serama secara langsung.

SMk sangat berpuashati dengan hasil yang diperolehi dan jika ada lagi peluang selepas ini, pastinya SMk akan melakukan sesuatu yang lebih menarik lagi.

SMk

Friday, 28 July 2017

Pair Serama juara


Kedua-dua serama ini mempunyai darah ayam game yang baik. Betina adalah dari Pok Syed manakala ekor kelabu jantan adalah line Meng KB. Ayam ini diambil sendiri oleh SMk dari tuan asalnya tanpa melalui orang tengah.

Harapan SMk, apabila sampai masanya nanti SMk mampu menyusun semula pembiakkan ayam-ayam ini agar terus menjadi satu line yang terbaik di Sarawak. 

Buat masa ini, semua ayam yang SMk miliki belum pernah ditatapi oleh peminat ayam di Sarawak. Malahan masih menjadi satu simpanan kerana reban sementara turut SMk rahsiakan bagi menjaga keselamatan ayam-ayam ini. Apabila tiba masanya nanti barulah SMk menunjukkan hasil reban secara langsung kepada peminat-peminat serama di Sarawak. Buat masa ini ianya masih lagi sesuatu yang eklusif bagi SMk.

SMk

Red Warrior


Red Warrior semakin matang dan semakin mengancam. Ini adalah antara ayam line Meng KB (Nakamura Wong) yang SMk telah bawa masuk ke Sarawak suatu ketika dahulu. Ayam ini memiliki tubuh yang cantik dengan balung yang mempersona. Kakinya juga kuat tegak serta lurus.

Jika tiada halangan, ayam ini akan dibawa oleh Aman APM ke game Suka Suki di Sebandi Matang pada ahad nanti. Setelah dimandikan, ayam ini semakin menarik dan warnanya juga semakin menyerlah.

SMk

Saturday, 31 December 2016

Anak A (Reban SMk Kuantan)


2 ekor anak A milik SMk, iaitu seekor A dari reban Pok Syed yang dinamakan SriBertam dan seekor anak A Fire yang masih tiada bernama. Sepanjang tempoh ini sehingga bulan 6 nanti SMk cuma mempunyai masa pada sebelah petang dan sabtu ahad untuk bermain dengan serama kerana sebelah pagi SMk berada di Bengkel kawan SMk untuk kursus peralihan.

Anak ini SMk akan jaga sebaik mungkin dan akan dilatih untuk game. Jika sempat SMk akan membawa anak-anak ini ke game sementara menunggu shipment yang seterusnya ke Reban SMk di kampung halaman.

SMk

Friday, 11 November 2016

Semakin Positif


SMk berharap jika ada seat kosong, betina ini SMk cadang untuk dibawa bersama ke Sarawak juga nanti. Ini kerana anak Fire ini dijaga SMk sejak kecil tanpa ibu. Maka tina ini agak memberi sentimental value pada SMk. Rasanya susah SMk hendak tinggalnya di Pahang.

SMk

Saturday, 8 October 2016

SriAcharya galak


Oleh kerana SriAcharya dah galak, jom kita layan Reggae sambil goyang-goyang badan dan jiwa bersama kelakuannya yang makin galak.

SMk

Friday, 29 July 2016

Pelatih Reban SMk


Ini adalah calon-calon SMk bagi beberpa game yang akan datang. Cuma harapan SMk semoga ada antara 4 ekor ayam ini siap remaja pada game Raja Kenyir 2016 nanti. Latihan telah dimulakan sejak semalam dan akan diteruskan sehingga awal tahun hadapan.

SMk