Wednesday 3 July 2019

Sijil Serama dari Serama USA-Club


Tadi terlihat sampul surat di Peti Surat semasa hendak keluar mengambil anak balik dari sekolah. Surat apa pulak dari USA ni kata SMk dalam hati. Terbaca nama pengirim tu, rasa macam kenal cuma surname nya agak lain sedikit. 

Jadi untuk menghilangkan tanda tanya tersebut, SMk pun bukalah sampul tersebut. 


Alhamdulillah, rupanya sijil penghargaan dari pihak Serama USA-Club. Memang sebelum ini SMk banyak terlibat dalam membangunkan skema permarkahan untuk pihak USA khususnya pihak Serama USA-Club sejak lima tahun yang lalu. Mutakhir ini juga SMk membantu pihak Serama USA-Club dalam pertandingan Serama Online anjuran mereka dengan menjadi pengadil untuk acara tersebut.

Walaupun pertandingan diadakan secara online, namun tujuan asalnya adalah untuk mendidik peserta mengenai cara pemberian permarkahan, istilah melihat perangai dan kecantikan dididalam pertandingan serama. Alhamdulillah, pertandingan tersebut mendapat sambutan yang baik. SMk beri thumbs up kepada adrian diatas usaha beliau untuk mengalakkan lagi hobi serama di Amerika (USA).

Akhir kata, SMk ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Serama USA-Club diatas penganugerahan sijil serta pengiktirafan yang diberikan kepada SMk, ianya terlalu berharga buat SMk. Terima kasih sekali lagi. 

SMk

No comments: