Showing posts with label Line Jang Botak Ganu. Show all posts
Showing posts with label Line Jang Botak Ganu. Show all posts

Tuesday, 10 September 2019

Anak reban

Alhamdulillah dalam tempoh seminggu ini, ada beberapa ekor induk telah mentas dan membawa turun anak. 


anak DirtyAryan tiga ekor



anak PS Jr seekor 



Anak DirtyAryan Jr 



Anak FirePermana dua ekor

Untuk kali ini, SMk akan lebih fokus untuk mengasuh anak-anak ini bagi tujuan mainan SMk sendiri. Namun seperti biasa jika ada penawaran yang sesuai dengan harganya maka SMk akan lepaskan kepada mereka yang benar-benar berminat dengan produk dari reban SMk. Selepas ini, SMk tidak lagi melepaskan anak reban SMk dengan mana-mana harga kasih sayang. Ini kerana ayam serama yang berada diluar sana telah agak banyak, dan demi menjaga kualiti ayam serama yang ada, SMk akan terus menjaga asal bahan-bahan atau darah direban SMk tanpa kacukan. 

Jika ada pihak yang membeli dari reban SMk dan kemudian melakukan kacukan atau Rnd, itu adalah hak pembeli tersebut. Cumanya, SMk lebih kepada menjaga darah asal ayam serama yang SMk miliki supaya lebih terjaga kualitinya. Setakat ini, setiap tetasan direban SMk, pastinya atas izin Allah masih mengeluarkan produk serama yang cantik dan konsisten. Setiap tahun,reban SMk dapat mengeluarkan anak-anak berpontensi game sekurang-kurangnya 35 ekor bagi tempoh setahun. 

SMk

Saturday, 22 September 2018

Line Mahizan Mohamad


Pagi tadi semasa memberi makan dan minum direban seperti rutin selalunya, SMk mendapati anak tunggal ini nampak amat positif sekali. Induk ini tidak pernah menurunkan anak lebih dari dua ekor. Kali ini induk ini hanya menurunkan seekor anak yang nampaknya lebih jelas jantan kerana balungnya telah mula nampak semakin jelas berbanding beberapa minggu yang lalu.

Line ini adalah line Mahizan Mohamad @ Jang Botak yang dibeli sendiri SMk dengan beliau hujung tahun 2017, bersama-sama dengan beberapa ekor lagi ayam serama yang juga dari reban yang sama. Induk ini mempunyai perangai yang agak menarik jika kita mementingkan gaya daripada seekor serama.


SMk telah meletakkan anak ini diatas meja bagi melihat potensinya diatas meja. Seperti yang dijangkan SMk, anak ini juga memiliki perangai yang agak positif dimeja dan jika diasuh dengan baik pastinya boleh menyerlahkan lagi potensi anak ini menjadi seekor ayam game. SMk akan melihat nanti perkembangan anak ini secara serius dan melihat kepada aksesorinya samada ianya mempunyai aksesori yang baik atau tidak. Mengikut rekod line ini, anak-anak induk ini akan mula nampak selam apabila menjadi anak C. Sama-sama kita nantikannya.

SMk