Seekor anak ayam yang masih dibawah jagaan ibunya. Anak ini menetas di awal hari Raya puasa dan merupakan anak tunggal. Alhamdulillah, masih nampak sihat dan aktif jika bersama dengan ibunya, namun agak sopan kalau diletakkan diatas meja.
Masih tidak dapat dipastikan jantinanya, anak ini adalah dari line Jang Botak ganu dan kali ini, SMk sangat berharap agar anak ini menjadi ayam jantan jika diizinkan Allah. Melihat kepada cutingnya, ayam ini mempunyai potensi yang amat baik. Insya Allah nanti sampai masanya, SMk akan update tentang anak ini, dan memberi nama kepadanya.
Alhamdulillah dalam tempoh seminggu ini, ada beberapa ekor induk telah mentas dan membawa turun anak.
anak DirtyAryan tiga ekor
anak PS Jr seekor
Anak DirtyAryan Jr
Anak FirePermana dua ekor
Untuk kali ini, SMk akan lebih fokus untuk mengasuh anak-anak ini bagi tujuan mainan SMk sendiri. Namun seperti biasa jika ada penawaran yang sesuai dengan harganya maka SMk akan lepaskan kepada mereka yang benar-benar berminat dengan produk dari reban SMk. Selepas ini, SMk tidak lagi melepaskan anak reban SMk dengan mana-mana harga kasih sayang. Ini kerana ayam serama yang berada diluar sana telah agak banyak, dan demi menjaga kualiti ayam serama yang ada, SMk akan terus menjaga asal bahan-bahan atau darah direban SMk tanpa kacukan.
Jika ada pihak yang membeli dari reban SMk dan kemudian melakukan kacukan atau Rnd, itu adalah hak pembeli tersebut. Cumanya, SMk lebih kepada menjaga darah asal ayam serama yang SMk miliki supaya lebih terjaga kualitinya. Setakat ini, setiap tetasan direban SMk, pastinya atas izin Allah masih mengeluarkan produk serama yang cantik dan konsisten. Setiap tahun,reban SMk dapat mengeluarkan anak-anak berpontensi game sekurang-kurangnya 35 ekor bagi tempoh setahun.
DirtyMaverick semakin positif dan nampak semakin sedap dipandang. Hari ini kali yang keempat ditanya peminat serama. Tetapi seperti yang SMk maklumkan sebelum ini, ianya akan dilepaskan jika kena pada harga, jika tidak SMk lebih rela menjadikannya sebagai pelapis pembaka reban.
DirtyMaverick lebih banyak mengikut ciri bapaknya iaitu DirtyAryan Jr dengan bertubuh tinggi, tubuhnya tegak hampir 90 darjah dan memiliki kaki yang lurus dan slim. Insya Allah kalau mengikut bapaknya, anak ini akan lebih menarik gayanya apabila masuk remaja nanti.
SMk akan cuba melatih DirtyMaverick sebaiknya selagi ianya masih ditangan dan penjagaan SMk. Potensi yang ada padanya amat seronok untuk diterokai dengan memberi ruang bersama-sama dengannya membesar direban.
Semalam tiga ekor induk reban menetas dengan membawa anak-anak dari line 69, line Fire dan line Pok Syed. Semoga anak-anak kali ini banyak jantan dan membesar hingga dewasa dengan baik dan sihat.
Betina ini telah SMk asingkan semula kerana menjadi terlalu garang dengan melawan setiap pembaka jantan yang imasukkan dengannya. SMk akan memasukkannya semula dengan pejantan reban apabila sampai masa yang sesuai nanti. Kesabaran dalam memelihara serama amat diperlukan jika hendak berjaya sebagai breeder serama yang berjaya.
Mulai semalam SMk telah memasukkan induk Dara (Adik beradik DirtyAryan Jr.) dari First Batch dengan bapanya iaitu DirtyAryan sendiri. Ini adalah untuk mengekalkan darah dan perangai yang sedia ada dalam line ini.
Pasangan ini akan menjadi satu line teras yang baru bagi reban SMk. Penumpuan bagi line ini akan diletakkan dalam status Priority untuk breeding. Anak-anaknya akan SMk kekalkan direban kecuali ada permintaan yang bersesuai dengan harga maka barulah SMk akan memberi pertimbangan untuk melepaskannya.
Insya Allah, SMk akan update perkembangan terkini pasangan ini dari masa ke semasa.
Pelapis line Ara dari Terengganu ini akan SMk jadikan pelapis reban dimasa akan datang. Anak ini mempunyai 2 ekor adik beradik dan induknya memang digunakan sebagai asas penguat line ini direban. Buat masa ini, SMk memiliki tiga ekor induk line yang sama yang digunakan bagi mengeluarkan pelapis bagi line ini.
Untuk Batch ini, kemungkinan besar SMk akan menyimpan seekor anak jantan jika ada untuk dijadikan pelapis kepada Pembaka Ara yang ada.
Second batch line Ara ini semakin positif dan nampak sudah nampak cutingnya. Setakat ini nampak seperti anak betina, namun untuk kepastian kita tunggu sehingga 2 atau 3 minggu lagi.
Dah mula memberi respon walaupun kali pertama naik meja, ciri-ciri Fire memang nampak dengan ayam yang slim dan bertubuh tinggi. Semoga terus sihat dan boleh SMk bawa ke pertandingan Ayam Serama sekitar Sarawak nanti, Insya Allah.
Batch kedua line Ara kali ini juga mentas dengan kali ini menurunkan empat ekor anak. Seperti Batch pertama, walaupun bapak dan induk berwarna dan berdarah Ara namun anaknya tetap putih da besar kemungkinan akan menjadi seperti batch pertama iaitu membesar sebagai seekor ayam berwarna kuning.
Ini adalah seekor dari abangnya yang masih dalam jagaan dan latihan oleh SMk.
Dua ekor ayam ini telah dijual semalam, semoga berjasa ditangan tuan barunya. Ayam ini terutama anak remaja gambar bawah jika dilatih dengan baik akan pasti menyerlahkan kejayaan di pertandingan ayam serama yang diadakan dimasa akan datang.
Anak FireCroc Juara Remaja Pertandingan Ayam Serama di Simunjan 2017 pada tahun lalu. Anaknya tidak payah diurut dan selam dengan sendirinya, Insya Allah ayam ini juga siap sepenuhnya untuk Pertandingan ayam serama sekitar bulan Ogos nanti.
Sehari selepas menyertai pertandingan ayam serama di Summer Mall, SMk dan team Semariang bersembang dan melakukan sedikit perbincangan dan perancangan untuk game yang akan datang. Pemilihan ayam-ayam untuk digunakan sebagai ayam game bagi tempoh akan datang turut dilakukan dengan penumpuan kepada anak-anak reban yang berpontensi bagi kategori Remaja dimasa akan datang.
Ini dilakukan setelah hampir 48 ekor ayam direban SMk telah dilamar oleh sahabat handai dan peminat serama diserata Borneo. Oleh itu, pemilihan dan tapisan ayam amatlah kritikal. Setakat ini beberapa calon telah dipilih dan mula dimasukkan kedalam kem latihan.
Apa yang pasti, FireHector tersenarai secara automatic bagi kelompok bakal-bakal remaja yang akan dimaksimakan bagi latihan intensif selepas ini.
Anak ini semakin menarik dan mula berkibas dengan constant dan agak selesa di meja berbanding sebelumnya. Ianya jelas dengan gayanya dimeja seperti video dibawah.
Rasanya anak ini akan SMk mainkan secara aktif selepas Hari Raya Puasa nanti jika ada bon pada ketika itu nanti. Rasa nikmat melihat aksinya yang amat menarik dan memikat hati.
Sangat menarik hati, dengan cutting dan aksesori yang amat cantik pada mata SMk semoga terus cantik dan sihat sehingga dewasa. Anak ini bersama dengan 7 lagi batch yang sama. Masih ditempatkan dibrooder dan mungkin akan dipindah ke reban asuhan dalam masa 2 minggu akan datang.
Banyak batch ke 4/2018 ini betina berbanding jantan sebelum ini. Jika betina, anak-anak ini akan disimpan bagi projek breeding yang akan datang nanti.
Syukur alhamdulillah, anak reban SMk ini telah bertukar tangan ke utara Sarawak. Semoga berjasa hendaknya disana nanti. Batch ini banyak telah bertukar pemilik diantaranya berada di Tabuan FooChow, Jalan Tol Darul Hana, Bintulu dan Brunei.
Oleh kerana agak sibuk minggu lepas dengan pertandingan SukaSuki di Semera, Asajaya Sarawak maka SMk agak lambat untuk upate tentang bloodline Rinting yang telah menetas beberapa hari dahulu.
Hari ini agak banyak masa, maka SMk update tentang bloodline Rinting ini. Keputusan tetasan yang terkini anak kepada induk pasangan Rinting SMk telah membawa turun sebanyak 4 ekor anak yang nampak agak sihat dan mempunyai potensi yang amat baik dari segi warna dan cuting insya Allah.
Induk ini akan dibiarkan bersama-sama anak-anaknya seperti induk SMk yang lain, sehingga induk tersebut mulai menolak anaknya maka jika itu berlaku barulah SMk akan mula melakukan proses isolation.
Akhirnya, anak yang ditunggu-tunggu iaitu pasangan kepada DirtyAryan ini telah menetas dengan 2 ekor anak yang dieram secara semula jadi dan 2 ekor melalui pengunaan inkubator. Setakat ini, anak ini masih dalam keadaan yang sihat.
Semoga dari tetasan ini SMk akan memperolehi seekor 2 anak jantan yang boleh meneruskan legasi DirtyAryan. Oleh kerana Game di Sadong Jaya telah ditunda kepada satu tarikh yang baru maka SMk telah memasukkan pasangan yang baru kepada DirtyAryan bagi mendapatkan lebih banyak hasilnya.
Anak-anak DirtyAryan akan disimpan, dan hanya dilepaskan kepada peminat serama yang benar-banar serius sahaja.