Sunday, 9 October 2016

Sonic Duechento


Setelah induk yang dimasukkan dengan Sonic Duechento mengeram, SMk cuba bawa keluar dan letak diatas meja. Nampak positif cuma perlu dimandi dan dikemaskan sedikit jika mahu dibawa berjalan-jalan ke game dimasa akan datang.

Pasangan yang SMk padankan Sonic Duechento ialah ayam darah asal betina dari reban SMk. Semoga hasilnya positif.

SMk

Telur ada benih


Banyak breeder serama yang memelihara ayam serama mereka akan selalu melakukan candling atau meneropong telur bagi melihat kandungan telur samada berbenih atau tidak. Bagi SMk hari yang sesuai dilakukan candling adalah pada hari ketujuh.

Selalunya SMk akan keluarkan telur yang tiada benih, kerana ianya akan lebih memberi peluang dan ruang kepada telur yang ada benih untuk terus berkembang dengan sihat dengan suhu yang lebih stabil. Kerana cara ini juga boleh membantu dalam jumlah peratusan penetasan yang sihat dan  tinggi bagi sesebuah reban.

SMk

Saturday, 8 October 2016

SriAcharya galak


Oleh kerana SriAcharya dah galak, jom kita layan Reggae sambil goyang-goyang badan dan jiwa bersama kelakuannya yang makin galak.

SMk

Friday, 7 October 2016

Keratan akhbar dalam sejarah




















SMk

Sri Utara


Ini adalah bapa kepada sepasang anak yang SMk ambil dari reban Sri Utara sebagai salah satu baka dalam kepelbagaian baka di Sarawak nanti.



Oleh itu, Baka atau aliran ini akan SMk namakan sebagai Northen Warrior atau singkatan pangkalnya sebagai NW. Semoga anak sepasang ini boleh mengeluarkan hasil agar dapat mengekalkan darah reban asalnya,

SMk

Tuesday, 4 October 2016

Teknik Breeding




Ini adalah teknik yang SMk gunakan dari tahun 2008 sehingga kini, dan akan diteruskan dengan Medhod B pada tahun hadapan. Perkara pokok sebagai seorang breeder adalah kesabaran dalam menghasilkan ayam serama yang diimpikan. 

Jika kita tertib dan disiplin pasti kejayaan akan hadir setelah usaha yang dilakukan. Usaha dan doa adalah tangga menuju kejayaan. Semoga dipermudahkan Allah. Amin.

SMk

Monday, 3 October 2016

Sri Pinang


Ini adalah ShadowRyan bapa (hakmilik Pok Syed Perodua) kepada anak-anak yang diambil SMk. Semoga ada anak-anak ini akan mengikuti cutting dan perangai bapanya. 




Anak-anak line ini dan tina dara, mulai hari ini SMk akan namakan Line Sri Pinang dan akan dijadikan projek inbreeding supaya lebih menguatkan darah asalnya. Semoga usaha SMk ini akan dirahmati dan dipermudahkan Allah s.w.t. Amin.

SMk

Saturday, 1 October 2016

Darah baru projek 2016/2017




Semalam tanggal 28 September 2016, satu lagi sejarah telah terukir bagi reban SMk dimana SMk telah mendapatkan beberapa ekor ayam yang terdiri dari seekor betina dara sedarah dengan Tuah5188 dan 4 ekor anak A anak kepada ShadowRyan milik Pok Syed Perodua seorang otai yang dihormati di Pulau Pinang. Secara totalnya kos untuk ayam-ayam ini hampir mencecah 2K.

Perancangannya, SMk akan jaga ayam ini di reban SMk di Kuantan dan akan dibawa ke Sarawak apabila SMk hendak bertolak menetap di Sarawak nanti. Jadi secara kasarnya ayam-ayam ini akan berada di Kuantan sekurang-kurangnya 7 atau 8 bulan. 

Pada masa yang sama, SMk juga akan membawa FireSharp, Patingan dan sekurang-kurangnya 3 atau 5 induk reban bersama-sama nanti ke Sarawak.

SMk