Showing posts with label anak A serama. Show all posts
Showing posts with label anak A serama. Show all posts

Thursday, 7 January 2021

Bakat Baru


 

Ada bakat baru telah dikesan di Reban SMk, nampak sangat positif dari segi tubuh badan. Kondisi anak sua ekor ini juga nampak sangat baik dan sihat. Mungkin minggu hadapan, SMk akan mula memberi vaksin dan seterusnya ubat cacing kepada anak-anak ini nanti. 

SMk

Thursday, 8 October 2020

Cute Little Baby Ayam Serama

 


Dulu masa ianya dilahirkan, ianya dijaga oleh abangnya. Sekarang tiba masanya dia menjaga adiknya pula. Jantina adiknya masih jauh untuk diketahu, tetapi nampak berani dan garang juga pada mulanya. 

Semoga anak ini terus sihat dan menjadi pelapis pembaka bagi ayam serama direban SMk. 

SMk

Monday, 7 September 2020

Anak Batch Ke-2


 Batch kedua nampaknya macam anak betina, tetapi seekor yang kecil sedikit agak tidak jelas jantinanya. Semoga ada anak jantan dalam batch kali ini. Penumpuan untuk breeding masih diteruskan dan penjagaan anak-anak reban adalah sesuatu yang diutamakan kerana SMk hendak mencari penganti pelapis reban. 

SMk

Friday, 12 June 2020

Anak Ayam Serama



Seekor anak ayam yang masih dibawah jagaan ibunya. Anak ini menetas di awal hari Raya puasa dan merupakan anak tunggal. Alhamdulillah, masih nampak sihat dan aktif jika bersama dengan ibunya, namun agak sopan kalau diletakkan diatas meja. 

Masih tidak dapat dipastikan jantinanya, anak ini adalah dari line Jang Botak ganu dan kali ini, SMk sangat berharap agar anak ini menjadi ayam jantan jika diizinkan Allah. Melihat kepada cutingnya, ayam ini mempunyai potensi yang amat baik. Insya Allah nanti sampai masanya, SMk akan update tentang anak ini, dan memberi nama kepadanya. 

SMk

Monday, 25 May 2020

Latihan Anak A


Hari ini, SMk telah mula menilai beberapa ekor anak A bagi tujuan latihan meja. Nampaknya kali ini, SMk mendapati ada seekor anak A jantan dari line Mahizan Mohamad yang boleh SMk ketengahkan bagi mewakili reban SMk untuk pertandingan Online anjuran sahabat SMk iaitu lan Telipot. 

Masa yang berbaki sebelum last update video adalah pada 4hb Jun 2020, oleh itu SMk rasakan, SMk mempunyai cukup waktu bagi menyertai pertandingan tersebut. Semoga latihan yang dimulakan hari ini akan membuahkan hasil. 

Apa yang penting adalah usaha dan teknik telah diusahakan, kerana akhirnya nanti kita berserah kepada rezeki dan izin Allah.  Tetapi untuk pertandingan kali ini, ianya bukan diadili oleh pengadil bertauliah, kali ini ianya akan dinilai berdasarkan pilihan Like terbanyak di FB. Maka, pemenang nanti agak sukar diramal. Tetapi bagi SMk, seperti biasanya, kemenangan bukan perkara pokok tetapi support kepada usaha sahabat yang menganjurkan pertandingan adalah sesuatu yang utama. 

Tiada penganjuran aktiviti serama maka akan suramlah dunia serama, oleh itu amat penting usaha bagi menyokong aktiviti atau pertandingan yang diadakan adalah amat penting sekali. 

SMk

Sunday, 22 July 2018

Induk Mengasuh Anak


Sejak awal Jun sehingga kini ada banyak induk SMk yang telah mengeram dan membawa turun anak. Namun seperti biasa, anak-anak tetasan direban SMk tidaklah mewah seperti reban lain dimana selalunya seekor induk hanya membawa 2 atau kadang-kadang 3 ekor sahaja. Namun, walaupun limited, anak-anak tetasan amat berkualiti dan boleh dibawa ke game.

Sehingga kini anak-anak bawah jagaan induk adalah sebanyak 13 ekor. Semuanya akan mula nampak cuting sekitar sebulan lagi insya Allah.

SMk

Saturday, 6 January 2018

Pelapis Reban


Semakin positif dengan hasil anak-anak reban yang menarik. Setakat ini kebanyakkan anak tetasan direban SMk memiliki perangai dan amat bagus memberi respon kepada SMk.  Dalam masa beberapa bulan lagi, anak ini akan SMk tapis sebagai mainan game atau sebaliknya.

SMk

Saturday, 31 December 2016

Anak A (Reban SMk Kuantan)


2 ekor anak A milik SMk, iaitu seekor A dari reban Pok Syed yang dinamakan SriBertam dan seekor anak A Fire yang masih tiada bernama. Sepanjang tempoh ini sehingga bulan 6 nanti SMk cuma mempunyai masa pada sebelah petang dan sabtu ahad untuk bermain dengan serama kerana sebelah pagi SMk berada di Bengkel kawan SMk untuk kursus peralihan.

Anak ini SMk akan jaga sebaik mungkin dan akan dilatih untuk game. Jika sempat SMk akan membawa anak-anak ini ke game sementara menunggu shipment yang seterusnya ke Reban SMk di kampung halaman.

SMk

Monday, 26 December 2016

Anak pertama Godic Jr di Sarawak

Anak tetasan dari Reban SMk ini nampaknya semakin positif dan harapan SMk adalah agar anak mula ini, biarlah kedua-duanya jantina betina berbanding jantan kerana mudah bagi SMk untuk merancang breeding program bagi aliran darah Godic.

SMk

Sunday, 19 June 2016

Sepasang anak Fire


Sepasang line Fire yang masih tidak bernama dan masih dalam jagaan ibunya. Mungkin selepas raya nanti anak ini akan nampak lebih positif dan boleh ditengahkan jika kena pada masa dan waktu yang sesuai.

SMk

Wednesday, 11 May 2016

FireAlpha


Adakah FireAlpha akan siap menjelang 21Mei 2016 nanti. Ini kerana Smk melihat ekornya nampak menunggu masa untuk jatuh. Malahan sudah ada yang menuruh jatuh sehingga nampak jelas ruang antara bilah ekor ibunya.

Smk berharap dalam masa dua minggu ini, FireAlpha akan siap sekurang-kurangnya janganlah jatuh lagi bilah  ekornya. Niat Smk memang hendak membawanya berjalan sebagai teman bagi Smk ke game semula. Apapun yang bakal terjadi Smk pastinya akan tetap ke Game Kedah nanti kerana sudah diset dalam perancangan. semoga dipermudahkan usaha Smk nanti hendaknya. Amin.

Smk

Sunday, 8 May 2016

FireOwl & FireAlpha



Alhamdulillah masih rezeki Smk diberi rezeki dengan FireOwl dan FireAlpha. FireOwl masih dalam kategori Anak A yang bakal siap untuk Game Kedah pada 21 Mei 2016 nanti. FireAlpha tak pasti, tetapi kita lihat nanti pada timbangannya pada 21hb. Kerana berat dan kategori sekarang adalah anak A siap dengan berat cuma 70gram sahaja.

Insya Allah mengikut perancangan, Smk sekali lagi akan memimpin satu rombongan bagi mewakili PSTG ke game Kedah nanti. Sebenarnya Smk tidak menaruh sebarang harapan tetapi bagi Smk, ini lah peluang yang ada untuk Smk test anak reban 2016 ini dimeja game dan dinilaikan olehkan pengadil-pengadil dari utara.

Smk mempunyai lebih kurang 2 minggu masa untuk mensiapkan ayam-ayam Smk dan milik sahabat-sahabat PSTG. Rasanya sekurang-kurangnya mungkin 5 ekor penyertaan.

Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Amin.

Smk.