Monday 26 March 2018

Pertandingan Ayam Serama di Semera





Semalam SMk menghadiri pertandingan Ayam Serama di Semera anjuran PKKASK dirumah Rosli Pileh. Suasana yang disediakan oleh tuan rumah amat mengalakkan dan merupakan antara lokasi Suka Suki yang terbaik setakat ini.



Suka Suki semalam turut memecahkan rekod dengan jumlah penyertaan adalah sebanyak 60 ekor bagi semua kategori yang dipertandingkan. Ini merupakan satu kejayaan yang terbaik dan merupakan kearah yang lebih positif didalam hobi berserama dengan tidak meninggalkan ukhwah dan kekeluargaan sebagai keutamaan.



SMk, turut membawa enam ekor ayam bagi memeriahkan sambutan acara tersebut, syukur alhamdulillah SMk dapat membawa pulang Piala Raja Kibas dengan dimenangi oleh DirtyAryan, yang turut mencapai markah gaya yang tertinggi bagi kategori Ayam Tanpa Lawi semalam. Panglima Limau Purut bagaimanapun telah berjaya menempatkan dirinya ditempat ketiga bagi kategori Ayam B. 

Namun acara yang meriah adalah semasa kategori Raja Kibas, dimana setiap pemilik ayam bersorak, bertepuk bagi merangsangkan ayam masing-masing yang turut menarik perhatian warga setempat. Ianya menjadi satu tarikan dan membuatkan ketua ranting Kampung Semera Masjid turut teruja dengan acara tersebut. 



Semoga budaya berserama terus mekar dan menjadi antara hobi atau mainan baru di Sarawak yang amat positif bagi masyarakat setempat.


SMk

No comments: