Sunday 18 March 2018

DirtyAryan


DirtyAryan semakin positif setelah induknya mengeram. Satu keistimewaan DirtyAryan berbanding ayam lain ialah, walaupun telah dijadikan pembaka ayam ini masih mengekalkan gayanya seperti sebelum ini. Bergaya, iaitu yang paling terbesar adalah rekodnya dalam game di Summer Mall dengan menjuarai kategori Muda.

Ayam ini merupakan seekor ayam yang boleh dikatakan ayam lawan meja atau suka bergaya diatas meja. Apabila diatas meja, ayam ini akan beraksi hinggakan kita terasa puas dengan persembahannya diatas meja tersebut, tanpa perlu kita bertepuk tanggan sehingga merah tapak tangan. Aksinya, sehingga kita boleh lupa ayam serama hanya beraksi selama 1 minit dan 15 saat sahaja diatas meja.

2 minggu ini kita akan mendapat keputusan dari induk pasangan DirtyAryan. Jika menetas, adakah anak-anaknya akan mengikuti jejak langkah bapanya memiliki perangai diatas meja? Maka ini akan menjadi satu tempoh menunggu yang sangat menarik untuk dinantikan.

SMK

No comments: