Sunday 18 March 2018

SriKencana



Anak ini pada mulanya SMk ingatkan tina, tetapi semakin lama semakin jelas kejantanannya dengan balung halus yang semakin kemerahan. Mulai hari ini, setelah 4 hari berlalu (video diatas), maka SMk dengan ini memberi nama anak ini dengan nama SriKencana.


Anak ini semakin cantik cuting tubuhnya dengan gaya mulai datang walaupun masih anak ianya nampak jelas positif. Jika diasing, dan mula diasuh anak ini pastinya akan memberi respon yang positif.

Oleh kerana mengambilkira akan keadaan semasa, SMk berhasrat menyimpan anak ini direban SMk bagi tujuan tapisan. Apa yang jelas anak ini akan menjadi seekor ayam serama yang menarik apabila sampai waktunya.

SMk

No comments: