Sunday 4 March 2018

Pameran Ayam Serama




Semalam SMk telah berjaya mengadakan satu pameran serama bagi Karnival Mini Pemuda PBB Kampung Tanjung, Petra Jaya. Sambutan juga amat mengalakkan dan ada juga SMk berjumpa dengan beberapa peminat ayam serama yang memelihara serama sekitar tahun 90an ke tahun 2003. Berbagai cerita yang mereka sampaikan sebagai wadah berhobi. 

Selain itu, sambutan dari kanak-kanak dan remaja juga turut memberangsangkan dengan pertanyaan dan soalan yang melibatkan penjagaan, pembiakkan serta syarat untuk menyertai pertandingan. Pada hari tersebut juga SMk telah menjual sebanyak 5 ekor anak ayam kepada peminat dan sahabat yang mengambil peluang harga offer semasa pameran tersebut.

Sambutan yang positif ini, terus menaikkan semangat SMk untuk lebih memperkenalkan lagi budaya berserama dikalangan masyarakat setempat. 

SMk

No comments: