Tuesday 30 October 2018

Mesyuarat PKKASKS



Semalam SMk, Akub dan Aman Apm dari Kuching, menghadiri mesyuarat di Kota Samarahan bersama-sama ahli yang lain yang datang dari sekitar Asajaya dan Sadong Jaya. Alhamdulillah, beberapa agenda dapat dibincangkan dengan suasana yang positif dan amat baik sekali.

Perbincangan adalah lebih tertumpu kepada penganjuran pertandingan yang bakal dijalankan di Asajaya Town Square. Segala persiapan boleh dikira telah disediakan cuma beberapa perkara yang perlu diperhalusi bagi memastikan perlaksanaannya.

Tarikh bon Asajaya Town Square telah ditetapkan pada 11 November 2018, SMk mengharapkan sambutan kali ini lebih meriah dengan adanya 8 kategori yang dipertandingkan nanti lebih membuka ruang kepada peminat untuk menyertai pertandingan kali ini.

SMk

No comments: