Tuesday 23 October 2018

Persiapan Pengadilan



Beberapa minggu yang lepas, SMk telah berusaha untuk design baju untuk kegunaan pengadil. SMk tidak membuat pengumuman untuk dibuka tempahan kerana setakat ini pengadil yang ada cuma SMk seorang bagi PKKASKS. Semoga dengan adanya baju ini akan membuka hati dan minat bagi ahli-ahli lain yang mahu menceburkan diri sebagai pengadil bagi pihak persatuan.



Hari ini juga, SMk telah membuat salinan kertas keputusan skema bagi digunapakai untuk pertandingan yang bakal diadakan. SMk membuat keputusan, kertas skema sebaiknya dibuat salinan dengan banyak mengunakan mesin fotostat bagi memudahkan SMk berbanding print out dari komputer setiap kali hendak digunakan. Cara ini juga memang diamalkan disemenanjung, dimana borang skema telah disediakan lebih awal untuk kegunaan beberapa bon.

Cara ini juga lebih memberi ketenangan dan lebih menyenangkan.

No comments: