Monday 1 October 2018

Kertas Markah



SMk sangat tertarik dengan borang ini kerana pada kertas markah skema dinayatakan dengan jelas pada catatan, "Pengadil berhak membuat pemotongan markah, sekiranya ayam yang diadili diubahsuai, salah kategori atau dan bertanding melebihi satu kali melainkan dengan kebenaran penganjur".

Penjelasan seperti ini, dapat membantu dalam penilaian yang lebih telus. Sebagai contoh, jika pihak penganjur memberi kelongaran jika ayam salah kategori boleh ditukar kategori, maka ianya boleh dilakukan asalkan atas kebenaran penganjur. Sebagai pengadil tugas utama adalah menilai ayam. Maka jika dimaklumkan oleh penganjur awal, maka perkara ini amat memudahkan kedua belah pihak.

SMk sangat bersetuju dengan meletakkan catatan seperti itu pada borang markah kerana lebih menjamin ketelusan bagi pihak semua peminat yang mendaftarkan ayam mereka untuk pertandingan.

No comments: