Wednesday 3 October 2018

Persoalan sahabat


Pertanyaan dari sahabat,

1. Abg man biar betul.. abg man guna ayam masuk muda utk breed, nanti kaki lemah.

Jawapan SMk
SMk tak galakkan kawan2 untuk mengikut apa yang SMk lakukan. Setiap reban ada kebiasaannya sendiri dari sekecil kecil perkara hingga ke penjagaan, makanan dan suplimen.

 Tetapi kenapa SMk lakukan?

 Ini bergantung kepada anak reban masing-masing. SMk amat teliti dalam penjagaan anak reban SMk oleh itu ayam lemah kaki amat jarang terjadi direban SMk. Bukan kerana SMk pandai atau tidak, tetapi sebenarnya jika ayam dijaga sebaik mungkin dengan ikhlas, masalah seperti lemah kaki tidak akan berlaku. Pastikan anak reban dari umur 1 minggu dijaga rapi dengan makanan dan supplimen yang sesuai mengikut peringkat umur sehingga dewasa, bukan hanya ayam game perlu supplimen tapi semua ayam direban. Tiada istilah pilih bulu.. semua sama, tiada darjat..  Insya Allah ayam akan sihat dan gagah serta mempunyai daya tahan terhadap penyakit.

2. Kenapa abg man kata kalau guna breeding vita terlebih ayam akan rosak?

Jawapan SMk
Breeding vita itu adalah suplimen yang terbaik untuk induk bertelur. Ianya amat baik untuk kesuburan dan mendapatkan telur yang keras.

Kalau dah baik? Jadi apa masalahnya?

Masalahnya, pil tersebut diformulasi untuk ayam laga yang majoriti tahu berat dan saiz ayam laga adalah amat berbeza dengan ayam serama.
Jadi pengambilan ubat tersebut jika tidak diberi secara betul pasti akan ada side effect. Tambah lagi, melibatkan sistem kesuburan induk. Oleh itu jumlah peberiannya perlulah disesuaikan dengan induk serama seperti cuma diberi 1/3 pil untuk selang 2 hari atau setiap hari mengikut keadaan induk. Seperti juga pemberian pil cacing, kesan yang terbaik adalah pemberian pil mengikut saiz atau berat ayam.
Apa kesan kepada induk jika diberi berlebihan?
 a. Induk akan bergantung kepada pil setiap kali utk breeding..
b. Jika berlebihan...induk akan menghasilkan telur yg banyak.. yang menyumbang kpd induk lambat mengeram, telur menjadi terlalu byk hingga tiada benih jantan. Dan pusingan kesuburan induk terganggu..
c. Ini akan memendekkan usia induk dalam bentuk perkiraan kesuburan, Jika induk biasa blh subur sehingga 3  4 tahun.. Induk yang mengunakan breeding vita akan kurang kesuburannya kpd 2 atau hampir 3 tahun sahaja.. dan senantiasa perlu diberi breeding vita bg membolehkannya bertelur dan terlalu bergantung kpd ubat seterusnya menghasilkan anak2 yg kurang daya tahan kpd penyakit.

Jangan kata SMk anti breeding vita, bukan.. SMk antara penjual terdahulu pil ini iaitu sekitar 2010 - 2013. Cuma yang perlu dititik beratkan, jumlah dosage mestilah bersesuaian dengan induk.

SMk

No comments: