Monday 15 October 2018

Pertanyaan Apple Sayap Lempar



Pagi ni mcm biasa.. menjawab persoalan dari sahabat sehobi.. ada yang bertanya bab makan minum ayam, jantan panjat tetapi tidak berbenih dan yg paling menjadi panas ialah bila menyentuh bab kedudukan sayap atau cuting.

Ditambah topik yg hangat bila bab kedudukan sayap, nak cantik kedudukan sayap, tubuh semestinya 'jantung pisang' bkn lagi apple..

Pandangan SMk.. sebab tubuh apple kalau sayap kedepan pun.. nampak tidak sesuai lagipun dada dibahagian depan. Sebab kedudukan tubuhnya 45 darjah. Kalau tubuh jantung pisang selalunya kedudukan tubuh melebihi 45 darjah ada yg 90 darjah pun ada...maka dengan sendirinya kedudukan mata ayam lebih dari kedudukan kaki masa berdiri tambah lagi kalau sayap salam, nampak sesuai..dada pun kedudukannya diatas, betul-betul dibawah paruh. Tambah lagi kalau selam.

SMk mohon maaf jika tersalah bahasa dan gaya penyampaian. Kerana saya kalau bab serama, saya transparent tak favour mana orang atau baka.. tiada selindung fakta. Jadi jika salah dan agak keras penerangan saya. Saya mohon maaf. Saya cuma hendak bersifat ikhlas dan berlaku jujur. Jujur didalam pengetahuan yg setakat saya tahu. Sb, jenis saya, saya akan beritahu, jika saya tahu. Jika tidak tahu saya kabarkan saya tak tahu. Semoga senantiasa dilimpahi rahmat Allah.

Kadang-kadang fakta yang benar jika diketahui memang menyakitkan hati biar pun betul. Semoga kita sama-sama bersabar kerana semuanya nikmat dan izin Allah.

SMk

No comments: