Saturday 13 June 2020

Fire Istingar (anak ayam serama)


Anak serama jantan ini, SMk namakan dengan nama FireIstingar dan akan SMk kekalkan direban SMk sebagai pelapis game dan juga boleh dsimpan untuk dijadikan pembaka. Ayam ini nampaknya mempunyai cuting yang menarik, namun pada pengalaman SMk ayam ini memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi bagi memastikan potensi besarnya tercapai. 

Ada beberapa orang peminat yang bertanya tentang ayam ini dan cuba merisiknya, namun SMk tidak melepaskannya kerana bimbang jika anak ayam ini akan rosak jika tidak dijaga dengan baik dan akan merugikan pembeli atau peminat malahan akan merosakkan potensi masa depan ayam ini. Oleh itu, SMk merasakan adalah baik ayam ini dijaga SMk sendiri bagi memastikan ianya terhindar dari sebarang kerosakan dan semoga usaha yang SMk curahkan itu mendapat izin dan rahmat dari Allah. Aamin. 

SMk

No comments: