Thursday 18 June 2020

Pertandingan Ayam Serama Online Siri 09/2020



Makluman Pertandingan ONLiNE International.

Pertandingan Ayam Serama ONLiNE Yak Yey Yak Yey siri 9/2020

Pertandingan ini diadakan bagi memastikan kemeriahan berserama tetap kekal dan aktiviti berserama dapat diteruskan.

Siri 9/2020, SMk akan memberi sijil (dalam format PDF) kepada pemenang bagi kedudukan Juara, Naib Juara dan Ketiga. Oleh itu, pastikan semasa pendaftaran, nama adalah ditulis dengan jelas. Saya akan hantar sijil PDF kepada pemenang yang layak melalui aplikasi Whatapps.

Mohon sahabat dan peminat yang nak join, tolong baca sampai habis maklumat dibawah.

Tiada yuran, Hadiah berupa Sijil (PDF).

Game minggu ni akan bermula upload video pada Hari Sabtu 20 JUN 2020 jam 10 pagi sehingga jam 3 petang.

Untuk happy-happy bersama peminat serama seluruh dunia.

Pemenang bagi kedudukan Juara, Naib Juara dan Ketiga (video akan diupload diFB), bersama-sama dengan senarai lengkap pemenang bagi setiap kategori.

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

Setiap peserta boleh menyertai seberapa banyak kategori yang dikehendaki, namun setiap kategori hanya 1 penyertaan sahaja.

Video mestilah 30 saat sahaja (+- 5 saat). Jika melebihi 30 saat, walaupun ayam bergaya paling cantik selepas 30 saat pertama, ianya tetap tidak dikira.

Video mestilah video terbaru, bukan video lama.

Didalam paparan video mestilah hanya ada seekor ayam yang nampak jelas di dalam video, tanpa ada ayam lain.

Tiada musik latar digunakan didalam video untuk mengelakkan banned dari pihak FB.

Penilaian adalah mengunakan paparan video (monitor Desktop) melalui aplikasi whatapps yang di install pada komputer.

Kejelasan video adalah tanggungjawab peserta ( bagi kejelasan aksesori). Sebagai contoh, jika keadaan sebenar ayam mempunyai balung 8.5 markah, tetapi didalam video tidak jelas, maka markah purata akan diberi iaitu sebanyak 6.5 sahaja. Kejelasan video amat penting bagi penilaian aksesori.

Keputusan pengadil adalah muktamad. Keputusan akan diumumkan pada hari yang berikutnya, jika penyertaan banyak, kemungkinan cuma satu kategori yang akan diumumkan pada hari tersebut dan berterusan ke hari berikutnya sehingga selesai.

Tolong jangan send video awal dari tarikh tersebut, kerana SMk akan delete semua gambar dan video pada whatapps setiap hari jumaat atau sebelumnya bagi memastikan video game terbaru dapat diterima pada hari sabtu.

Hantar video tuan kepada saya melalui link whatapps dibawah :

Setiap video yang dihantar, mestilah dinyatakan kategori yang hendak disertai.

Kategori
Anak A (berdasarkan ciri2)
Anak B (berdasarkan ciri2)
Betina
Remaja
Muda
Ayam A + Ayam B
ATL

Pertandingan ini adalah TERBUKA kepada semua peminat serama dimana saja anda berada tidak terhad untuk Malaysia sahaja.

Tujuan adalah untuk aktif berserama sepanjang musim Covid 19.

"Maju SeramaMania World dengan usaha para peminatnya"

Harap maklum.

"Be Safe"
SMk

No comments: