Thursday 25 June 2020

Forcast baju SMK

SMk telah ada beberapa siri baju yang SMk design sendiri dan pernah digunapakai oleh SMk pada beberapa siri game sejak beberapa tahun dulu (semasa SMk di Kuantan Pahang).Kini, SMk telah membuat satu design baru dan rebranding reban SMk selari dengan akaun Youtube SMk. 

Ini bermakna baju tersebut adalah lebih kepada untuk kegunaan SMk semasa membuat video di akaun Youtube dan rasanya akan digunapakai sepanjang tahun 2020. 

Bagi design versi 2020 ini, SMk mempunyai 2 jenis design, tetapi bagi projek yang awal ini, SMk cuma menempah satu design sahaja. Ini kerana SMk hendak melihat kualiti yang ada dikedai yang SMk telah tempah. Penilaian dari segi jenis kain, keselesaan dan sebagainya amat penting., kerana direban SMk cuaca agak panas dan kering. Oleh itu kualiti baju amat perlu, biar pun dengan bayaran yang sedikit tinggi, SMk masih boleh menerimanya. 

Kita tunggu baju yang SMk design siap nanti, Insya Allah SMk akan membuat satu review untuk baju tersebut untuk blog dan akaun youtube SMk. 

SMk

No comments: