Sunday 16 April 2017

Sorotan Seminggu reban Serama SMk


Tumpuan projek SMk seterusnya adalah kepada ayam serama yang SMk perolehi dari reban Pok Syed dan Reban Meng KB. Maklumat terkini yang diperolehi, sebanyak 4 pembaka tengah rancak breeding dengan menghasilkan telur dan ada dua ekor induk telah mulai masuk mengeram. Pastinya hasil untuk dua line ini antara yang ditunggu-tunggu oleh SMk sendiri. Jika ada yang menetas nanti, SMk akan update perkembangan terkininya dari masa ke semasa.


Ini adalah anak FireSpring12 dan Fire 3.0 yang SMk ada update sebelum ini. Ada bunyi seolah-olah ada yang hendak merisik anak-anak ini tetapi suka SMk ulangi, ayam-ayam ini tidak dijual kerana bakal dimasukkan kedalam senarai breeding bagi reban SMk di kampung. Tidak semua breeder adalah penjual. Oleh itu SMk lebih berminat untuk memeliharanya buat masa ini. 


Sebenarnya dara ini ada 5 adik beradik yang SMk ambil dari sahabat SMk iaitu Rizal Fahamee  dari Cenderawasih, Kuantan. Semasa SMk ambil dari reban beliau, anak-anak ini adalah anak A. Sungguh cepat masa berlalu, dah besar tina ini sekarang. 

Seekor daripada tina ini telah dimabil dan dimasukkan dengan pejantan Muda (anak FireSpring12). Kemungkinan dalam tempoh 2 atau 3 minggu akan datang kita akan mendapat info mengenai hasil projek breeding tersebut.

Tina dari Rizal Fahamee ini adalah ayam hasil reban beliau dimana mempunyai dara Kay Lempeng. Semoga lebih banyak hasilnya nanti yang SMk boleh lihat dan kongsi bersama kawan-kawan apabila hasil breed menjadi nanti.

SMk

2 comments:

Serama Malaya said...

Baka tersohor saja dia simpan.. terbaik cikgu.. huhuhu..

Serama Man k (SMk) said...

demi minat mendalam didalam hobi, maka kita usahakan supaya semuanya menjadi mudah demi masa hadapan yang cemerlang. Amin.