Sunday, 15 June 2014

Penghantaran ke Lepar



3 ekor ayam ni dihantar ke lepar, semoga berjasa pada tuan barunya. 2 induk tina SG dan sekor jantan.

Induk 2 ekor memang darah SG dumah, induk ni ditukar dengan pembaka SG Ara sebab dirumah cuma ada 2 pejantan. Dengan adanya kehadiran 1 lagi pembaka jantan insya Allah akan membantu dalam proses breeding. Tetapi Patinggan tetap menjadi pembaka utama kerana paten anak-anaknya terbukti menjadi.

SMk

Saturday, 14 June 2014

Tempahan ke Kulim

2014-06-14 20.25.322014-06-14 19.12.22

2014-06-14 09.52.31

Alhamdulillah, seekor induk pembaka telah di hantar ke kulim. Semoga berbakti kepada tuan barunya nanti disana,

SMk

2 darah berbeza.



Darah dan bloodlines yang berbeza, sebelah kiri FireStorm anak reban yang aku dah biasa dan sebelah kanan King Cup satu darah baru dalam dunia serama yang aku perlu pelajari. Walaupun lama dah main serama namun ilmu serama seperti juga ilmu dunia yang lain, tetap masih banyak yang aku perlu pelajari. Selagi masih bernafas maka selagi itu kita perlu belajar dan belajar sehingga nafas yang terakhir.

Semoga kedua-dua anak ini akan menyerikan hidup ku dan menambah lagi ilmu pada ku dalam dunia serama.

SMk

King Cup



Alhamdulillah.. semoga makin ada patennya. Anak ni tak lah diasuh sangat, tetapi nampaknya memang ada bakat rasanya. Kalau baka baik memang mudah cuma budget lah jadi payah.

Lagipun ni lah kali pertama kita main baka ni. Harap ada keserasiannya nanti.

SMk

Friday, 13 June 2014

Projek 2nd term 2014





Pembaka jantan ini adalah dari SAJ (abg rosli) akan di masukkan dengan induk jalak Serama Kayan + Toq Nadoq. Diharap akan melahirkan sesuatu yang berlainan.

Potensi bapak adalah SG Ara yang nampak aksesori halus manakala sebelah induk memang ada perangai dan berkebolehan lempar sayap. Kedua-dua pasangan ini secara sahnya baru dimasukkan bersama pada hari ini.
Semoga mendatangkan hasil.

SMk

Thursday, 12 June 2014

Last Breeding



Sebelum bermula Ramadhan.. ini lah breeding last untuk pertengahan tahun ini.. insya Allah akan disambung semula selepas raya nanti.

SMk

Monday, 9 June 2014

FireStorm



Adik FireFlash mulai hari ini akan dikenali sebagai FireStorm. Semoga menjadi ribut yang menganas di meja.

SMk

King Cup






Alhamdulillah akhirnya dapat juga sepasang baka sohor. Iaitu dari baka serama Wan Sabri. Maka dengan ini setelah berpindah reban ke SMk akan di jenamakan semula sebagai King Cup untuk si jantan dan Queen Cup untuk betina. Semoga panjang umur dan boleh melahirkan banyak anak-anak yang boleh diketengahkan nanti.

SMk

Monday, 2 June 2014

Perginya Voltron



Sudah jodoh ketentuannya, maka hari ini Voltron telah pergi buat selama-lamanya. Tapi takpelah saya redha, insya Allah pasti ada yang lebih baik rezeki dari Allah. Terima kasih Voltron.

SMk

Sunday, 1 June 2014

Anak dan bapa


Gambar FireFlash


Gambar bapanya Patinggan

Masih nampak banyak ciri-ciri bapanya, cuma anaknya lebih halus dan banyak mengambil sebelah ibunya.

SMk