Wednesday 14 September 2016

Ayam Serama SonicDuechento


Ayam jantan ini kalau mengikut perancangan akan dihantar ke Sarawak semasa anak B bersama-sama dengan anak-anak ayam version Godic pada penghantaran Batch ke 2, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan kerana mengambil kira kondisi ayam tersebut pada masa itu agak cenderung untuk lari rusuk dan ekor.

Setelah dirawat, bagi melebarkan baka ayam ini ke Sarawak, SMk bercadang untuk memasukkan ayam ini ke dalam program breeding reban SMk dan anak-anaknya akan SMk cuba untuk bawa ke Sarawak jika balik bercuti pada hujung tahun nanti. Buat masa ini, SMk pairkan SonicDuechento ini dengan MIsz VIP untuk melihat bagaimanakah potensi anak jantan ini sebagai pembaka.

SMk

No comments: