Wednesday 14 September 2016

Ayam Serama anak B sakit




Hari ini SMk mendapat sedikit berita kurang baik, tetapi bagi SMk ini adalah adat dalam main serama dan semestinya dugaan ini haruslah diterima dengan redha. Berita tersebut adalah anak-anak ayam milik adik SMk, Aman Apm (nama FB)yang dari baka ekor kelabu/putih telah dijangkiti sakit ayam lemah dan murong dan ada seekor telah mati pada pagi tadi. Penyakit ini telah mula berjangkit kepada anak C anak reban SMk iaitu dari anak FireSpring12 dengan MiszA400M.

Oleh kerana ayam-ayam ini jauh dari SMk dan adalah sukar bagi Smk memantau kesihatan atau merawat ayam-ayam ini. Oleh itu, SMk telah memohon bantuan adik SMk MDH V3.0 (Nama FB) untuk merawat ayam-ayam yang telah sakit. Pastinya kali ini, ubat-ubat yang digunakan nanti adalah bukan ubat kebiasaan yang digunapakai oleh breeder serama kerana adik SMk lebih pakar dalam bidang Cock Fighting dan antara back yard breeder yang dihormati di Sarawak didalam bidang cock fighting.

Esok hari SMk akan update tentang ubat-ubat yang digunakan dan melihat apakah cara penyediaan ubat-ubat tersebut. Setelah itu SMk akan memantau dari jauh dan akan update kondisi ayam-ayam tersebut nanti.

SMk

No comments: