Wednesday 14 September 2016

Telur Ayam Serama



Sebelum balik ke kampung Isteri SMk di Lunas Kedah, SMk telah menerima 4 biji telur ayam serama dari sahabat sekerja SMk yang juga memelihara serama iaitu saudara Shalihin dari Batu 11 Jalan Gambang. Telur tersebut sebelum ini beliau simpan di dalam inkubator manual. Oleh kerana hendah bercuti panjang, dikuatiri tiada orang yang boleh membantu beliau memutarkan kedudukan telur tersebut nanti selang 12 jam. 

Maka SMk mencadangkan kepada beliau, tandakan telur-telur tersebut dan tumpang saja pada induk-induk SMk yang tengah mengeram. Maka penyelesaian ini SMk lihat lebih mudah dan praktikal.

Oleh itu, SMk bawa blik telur-telur tersebut dan ditumpangkan kepada induk MiszSharp. Insya Allah nanti isnin minggu hadapan akan SMk kembalikan semoga segalanya berjalan dengan baik. Amin.

SMk

No comments: