Thursday 22 September 2016

Pertanyaan - Induk bertelur lekat di punggung



Sebenarnya SMk serbasalah bila terbaca soalan ini didalam whatsup baru-baru ini kerana jawapan yang diberikan adalah tidak masuk akal. Sahabat kita bertanya " macam mana hendak selesaikan masalah induk bertelur lekat dipunggung".

Soalannya mudah jika menjawab dengan ilmu dan pengalaman. Tetapi SMk dapati jawapan yang diberikan agak mengecewakan dan kasihan SMk terhadap yang bertanya.

Jawapan yang mereka berikan adalah :
- Sembelih je
- Kalau betina masalah ni tak payah simpan
- letak minyak dipunggung ayam dimana terdapat telur
- urut dalam baldi
- ada yang kata induk selam muda ni jangan bagi masuk jantan, biar bertelur kosong dahulu baru mudah
- bagi pecah dan tidak kurang ada yang cadangkan bawa kepada Dr Haiwan

Heran SMk dengan peminat-peminat serama ni, kalau tak tahu kata saja tak tahu kan senang. Taklah menyusahkan peminat baru yang tercari-cari jawapannya.

Bagi SMk, jawapannya mudah.

# Hanya beri minum minyak bijan atau minyak zaitun sebanyak 3 sudu setiap 2 jam. Insya Allah telur akan jatuh sendiri kerana SMk dah pernah melaluinya dan SMk juga pernah bantu beberapa kawan SMk dalam masalah yang sama.

Kenapa tidak digalakkan memecahkan telur dipunggung ayam? Jawapannya kita bimbang tertinggal kulit telur dan cecair telur yang pecah juga boleh mengakibatkan jangkitan pada induk tersebut sehingga boleh menyebabkan kematian.

SMk

2 comments:

Serama Malaya said...

Mantap Abe Man... Ilmu tahap 7 Petala Langit.. Terbaikkk

Serama Man k (SMk) said...

tinggi sangat tu