Sunday 4 September 2016

Induk telur bersepah


Masalah induk telur bersepah ini kerap terjadi kepada induk muda atau baru bertelur. Tetapi ada juga induk tua yang mempunyai masalah yang serupa. namun demikian induk-induk mudalah banyak bermasalah seperti ini.

Apa yang SMk lakukan adalah mengutip telur yang bersepah tersebut dan meletakkannya semula didalam bekas telur (tempat mengeram). Selalunya induk-induk ini kemudiannya akan bertelur dan mengeram didalam bekas tersebut, Perlu diingat bahwa induk ini memang akan mengambil masa yang panjang untuk mengeram, dan apabila naluri keibuannya datang ayam ini akan mengeram ditempat tersebut secara semulajadi. Jangka masa yang diambil adalah berbeza ada yang selepas 2 3 minggu ada yang sampai melebihi tempoh sebulan pun ada juga. 

Kesabaran breeder adalah amat ditagih dan induk tersebut jangan diganggu, dibiarkan masuk mengeram dengan sendiri dan jangan dipaksa. Insya Allah alam semulajadi akan lebih membantunya.

SMk

No comments: