Tuesday 27 September 2016

Pertanyaan Pembeli Ayam Serama


Beberapa hari ini SMk telah menerima banyak pertanyaan melalui aplikasi Whatsapp dan Messenger yang bertanyakan jika SMk berminat untuk menjual atau melepaskan ayam SMk di Reban Sarawak iaitu di Bandar Baru Semariang.

SMk memang berniat untuk menyebarkan minat berserama di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan jika berpeluang cuma buat masa ini SMk masih belum boleh menjual ayam di reban disana kerana ayam belum mencukupi dari segi jumlah dan masih dalam breeding program. Walaubagaimana pun, SMk boleh melepaskan ayam-ayam dalam jagaan SMk sendiri di Kuantan jika ada yang berminat. Ini terbuka kepada semua follower SMk terutamanya kepada peminat di Sabah. Ini kerana ayam boleh dihantar ke Sabah dan Labuan dengan mudah.

Tetapi sekali lagi, SMk tekankan disini untuk serama di reban SMk yang berada di Bandar Baru Semariang memang SMk belum berniat untuk menjual lagi. Insya Allah jika SMk telah berpindah ke sana munkin SMk akan lepaskan. Ini kerana SMk bukanlah seorang bisnesman atau penjual serama, SMk memelihara serama adalah seratus peratus kerana minat dan hobi.

SMk

No comments: