Showing posts with label serama bandar baru semariang. Show all posts
Showing posts with label serama bandar baru semariang. Show all posts

Monday, 4 September 2017

Pelapis Induk line Godic


Salah seekor induk reban (anak reban) berdarah Godic yang ada di reban SMk. Induk ini SMk asingkan kerana jika tiada aral akan SMk bawa bagi menyertai pertandingan serama di Bon Bilis Asajaya nanti.

SMk akan support game tersebut dengan menghantar wakil dari reban Semariang Aman agar menjadi lebih meriah insya Allah.

SMk

Saturday, 17 September 2016

Reban SMk di Bandar Semariang (update)


Update Reban SMk di Bandar Baru Semariang, 3 hari lepas reban SMk disana diserang sakit ayam. Sakit yang mempunyai ciri2, monyok kurang selera makan dan tanpa sebab mati dalam tempoh 24 jam. SMk merasakan ianya adalah penyakit Gumboro desease (Infectious bursal desease).

Terima kasih atas bantuan adik SMk Mohammad Here (pakar ubat ayam sabung) kerana membantu memberikan ubat yang sepatutnya sehingga reban kembali aman dan ceria. Terima kasih juga buat Aman Apm kerana mengambil berat penjagaan ayam SMk disana sehingga ambil off kerja. Komitmen sebagai bakal breeder yang terbaik dari aman apm.

Sepanjang tempoh tersebut SMk kehilangan 2 ekor anak reban disana dan beberapa anak ayam milik aman apm.

Namun atas usaha adik2 SMk dan limpah kurnia Allah s.wt semuanya kembali normal.
Alhamdulillah, syukur kehadrat mu ya Allah...

Dugaan sebagai breeder yang pasti dialami oleh sesiapa sahaja yang berkecimpung didalam dunia unggas. Yang penting kesabaran, pasti ada jalan dan hikmahnya..

SMk

Friday, 16 September 2016

Reban SMk di Bandar Baru Semariang (update)



Nampaknya penularan penyakit telah berhenti, pagi ini seekor telah mati(sakit sejak semalam) bermakna 2 ekor anak reban SMk telah mati (tidak termasuk anak ekor kelabu milik Aman Apm). Bagaimapun yang penting, tiada jangkitan baru dikesan. Semoga dua ekor anak reban SMk ini bertahan dan dapat sembuh semula. 

Untuk rekod, MiszA400m masih mengeram dengan 4 biji telur bagi batch ketiga dan akan menetas pada minggu hadapan. Manakala anak-anak yang sakit sekarang adalah terdiri dari batch kedua. 

Induk Muda MiszNo6 telah dimasukkan dengan pembaka utama FireSpring12 bagi meneruskan silang reban SMk dari Kuantan dengan reban SMk di Bandar Baru semariang untuk menguatkan darah Fire yang sedia ada dan menjadi Fire version 3.0 tidak lama lagi.

Untuk anak-anak yang sakit SMk akan mengikuti rapat perkembangannya dan akan diupdate pada post seterusnya.

"Patah tumbuh hilang berganti" dan "setiap dugaan ada hikmahnya" pasti menjadi pegangan setiap breeder kerana ianya akan memberi kita kematangan serta kesabaran dan pastinya kejayaan. Berusaha tanpa henti jangan bimbang pasti ada pertolongan dari Allah s.w.t. Amin.

SMk

Wednesday, 14 September 2016

Ayam Serama anak B sakit




Hari ini SMk mendapat sedikit berita kurang baik, tetapi bagi SMk ini adalah adat dalam main serama dan semestinya dugaan ini haruslah diterima dengan redha. Berita tersebut adalah anak-anak ayam milik adik SMk, Aman Apm (nama FB)yang dari baka ekor kelabu/putih telah dijangkiti sakit ayam lemah dan murong dan ada seekor telah mati pada pagi tadi. Penyakit ini telah mula berjangkit kepada anak C anak reban SMk iaitu dari anak FireSpring12 dengan MiszA400M.

Oleh kerana ayam-ayam ini jauh dari SMk dan adalah sukar bagi Smk memantau kesihatan atau merawat ayam-ayam ini. Oleh itu, SMk telah memohon bantuan adik SMk MDH V3.0 (Nama FB) untuk merawat ayam-ayam yang telah sakit. Pastinya kali ini, ubat-ubat yang digunakan nanti adalah bukan ubat kebiasaan yang digunapakai oleh breeder serama kerana adik SMk lebih pakar dalam bidang Cock Fighting dan antara back yard breeder yang dihormati di Sarawak didalam bidang cock fighting.

Esok hari SMk akan update tentang ubat-ubat yang digunakan dan melihat apakah cara penyediaan ubat-ubat tersebut. Setelah itu SMk akan memantau dari jauh dan akan update kondisi ayam-ayam tersebut nanti.

SMk