Syukur alhamdulillah, induk kesayangan SMk yang telah dibawa dari reban SMk di Kuantan telah bertelur dan keadaan telur tersebut adalah dalam keadaan yang amat positif. Semoga mempunyai benih dan meluaskan lagi legasi Fire version 3.0 di Reban SMk di Sarawak nanti.
Untuk Rekod ayam ini mula bertelur pada 19/12/2016.
Petang semalam Lokasi sementara Reban SMk telah dinaiki air kerana Ban ditepi sungai kampung adik SMk telah pecah dan menyebabkan beberapa buah rumah turut dimasuki air sehingga paras 2 kaki. Mujurlah adik SMk bertindak pantas dan menyelamatkan ayam-ayam SMk dan mengalihkannya di atas meja buat sementara.
Manakala pada hari ini, SMk telah dimaklumkan yang ban pecah berkenaan telah dibaiki. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan sebagai langkah berjaga-jaga, adik SMk telah membuat rak sementara bagi menempatkan sangkar-sangkar serama milik SMk.
SMk berharap kejadian ini tidak berulang lagi, kerana bukan hanya ayam SMk yang berisiko malahan kerosakan harta benda penduduk kampung juga turut menjadi perkara utama. Semoga ada juga tindakan dari pihak berkuasa tempatan bagi memastikan ban tersebut benar-benar kukuh terutama dimusim hujan dikala hujung tahun ini.
Pada Hari Selasa malam, SMk telah dikunjungi sahabat rapat SMk dalam dunia serama di Kuantan, iaitu Zack Serama Hiro dan Apis Serama Pasir mas. Seperti biasa ada banyak perkara yang menjadi tajuk bualan, disamping melihat koleksi rakan-rakan SMk bagi tapisan untuk menyertai mana-mana gama/bon yang terdekat.
Pada waktu yang sama juga, Zack Serama Hiro telah menyerahkan Black Magic kepada SMk untuk diasuh dan dirawat. Insya Allah SMk akan melakukan yang terbaik untuk mengasuh dan merawat ayam tersebut.
Manakala pada hari Rabu petang selepas Zohor, SMk telah dikunjungi oleh Joe dari Kpg Padang untuk bantuan bagi merawat ayam beliau yang bermasalah ekor dan belajar cara mengikat ekor ayam dengan teknik untuk merawat. Semoga ilmu yang diajar kepada Joe bermanfaat buat reban beliau dimasa akan datang.
Alhamdulillah, 2 hari yang lepas iaitu tanggal 13 Disember 2016 telah melakarkan sejarah buat julungkalinya Baka Godic telah menetas dengan membawa 2 anak dari 3 biji telur. Seperti jangkaan anak-anaknya lebih kepada warna ibu iaitu kuning berbanding bapanya. Namun, masih terlalu awal untuk SMk menyatakan apa-apa pandangan bagi rupa bentuknya pada peringkat ini.
Maka kita akan terus memantau perkembangannya dengan rapat. Harapan SMk agar dari anak mula-mula ini, SMk boleh memperolehi banyak anak tina agar boleh menjadi pelapis reban SMk dimasa akan datang. Amin.
Update terkini reban SMk di Bandar Baru Semariang, dengan pertambahan baka-baka dari bloodline terpilih iaitu dari Baka TRW meng KB, Pok SyedPerodua, Line Zam Sp (dari pok syed) disamping Fire batch terkini.
Ayam-ayam ini akan menjadi asas baru kepada penjenamaan semula reban SMk pada tahun hadapan nanti terutama setelah bulan jun 2017.
Bloodline Godic dari abe lan SPDP farm juga meriah dengan baiknya. Induk ini tidak menghadapi masalah bertelur walaupun kali pertama bertelur. Ayam ini bertelur dan mengeram dengan baik. Semoga dapat mengekalkan darah dari reban asalnya di Sarawak.
Seperti janji yang telah SMk ungkapkan kepada sahabat SMk dari Kota Belud Sabah iaitu Azman Nain, FireSharp, SriArchaya dan seekor tina muda telah SMk serahkan seperti yang telah dimeterai. Semoga kehadiran baka Fire disana dapat memeriahkan lagi suasana berserama di Sabah yang sememangnya meriah.
SMk juga telah membuat bancuhan EM bagi pemgunaan apabila SMk balik ke Sarawak nanti. Bancuhan ini adalah kali pertama SMk lakukan di Kuching Sarawak. Semoga ianya berjaya dan boleh digunapakai apabila tiba waktunya nanti.
Pembaka Utama SMk di Sarawak, berdarah Fire. Pembaka ini SMk gunakan untuk mendapatkan banyak betina-betina bagi program breeding seterusnya. Setakat ini SMk telah memperolehi 4 Induk dan 4 Jantan dari FireSpring12 ini dengan induk MiszA400m.
Alhamdulillah, kali ini SMk telah berjaya menganjurkan satu bon mini untuk dijadikan pemangkin lepada lebih banyak bon anjuran Kelab Pencinta Unggas dan GBBs di masa akan datang. Walaupun SMk hanya mempunyai 14 hari sahaja di Sarawak tetapi pada 3hb Disember 2016 terlakar sejarah penganjuran game buat pertama kalinya diadakan di Bandar Baru Semariang, sejak kali terakhir diadakan sekitar tahun 2000 di Tapak Semariang di Simpang traffic light.
Acara yang SMk adakan kali ini hanya 2 kategori iaitu Ayam tercantik dan Raja Kibas.
Sambutannya boleh SMk katakan agak meriah dengan melihat kepada keluasan Sarawak yang besar dan amat bersesuaian dengan bon Mini yang SMk anjurkan. Kualiti ayam-ayam yang hadir dalam penyertaan juga amat positif dan mempunyai satu halatuju yang baik di masa hadapan.
Pemenang pada hari tersebut ialah:
Ayam Tercantik dimenangi oleh Paul dari Serian
Raja Kibas Bandar Baru Semariang dimenangi oleh Eppy Mazlan dari Sg Bedaun
Insya Allah, SMk akan adakan pertandingan dengan kekerapan 1 kali sebulan atau 2 bulan sekali apabila telah kembali menetap di Kuching Sarawak nanti.
Keseluruhannya, SMk amat berpuas hati dengan Pertandingan dan Ramah Tamah tersebut.