Sunday, 11 May 2014

Sepasang darah bpr





Alhamdulillah.. ada masa lebih kurang 2 minggu untuk latihan. Adakah akan berjaya mengeluarkan aura egonya? Kita tunggu sama-sama.

Saturday, 10 May 2014

Sepasang Sammy

10-5-2014 9-42-00 AM

Sepasang Sammy ini telah mula bertelur kata sahabat kita dari Kulim Kedah, Serama Rinting. Semoga berbakti dan meneruskan legasi Sammy Rumah Pangsa di Kulim.

Alhamdulillah… gembira kita dengar semoga tuan barunya juga berpuas hati.

Terbaik boh.

Ibu Muda

10-5-2014 9-08-24 AM

Induk dara atau ibu muda memang ada banyak masalah jika hendak memulakan Breeding process. Antara masalahnya adalah Telur lembik, tidak mahu mengeram dan tak bertelur.

Apa yang biasa saya lakukan adalah, saya pastika induk muda tersebut benar-benar matang dan ready. Jika dah ready seperti kelakuannya bila nak dipegang ayam mula merebahkan diri dan menbuka sedikit sayap seolah-olah bersedia di panjat pembaka jantan dan diikuti bunyi ayam yang nak bertelur. Jika ada ciri-ciri ini barulah saya asingkan induk muda tersebut selama 2 minggu. Saya akan bagi makana yang banyak dan air vitamin yang secukupnya.

Setelah itu barulah dimasukkan ke reban Breeding bersama pejantan dan induk-induk yang lain. Mula-mual memang akan berlaku suasana tidak harmmoni maklumlah lelaki di beri kawin banyak, poligami lah katakan. Adalah perselisihan antara induk juga akan berlaku. Jangan bimbang suasana ini cuma sehari dua sahaja. Selepas itu harmoni sudah rumahtangga.

Apabila bertelur didapati indukbertelur lebik maka, ubatnya ambil tulang sotong ditumbuk halus dan dimasukkan kedalam kapsul pil dan diberi makan sebiji sehari inya Allah gejala telur lembik akan dapat diatasi pada hari yang ke 3.

Jika ibu tidak mahu mengeram? Biarkan sahaja jangan dikisahkan kerana sampai masanya walaupun dah berpuluh telur induk tersebut pasti akan mengeram juga.

Jika tidak mahu bertelur guna lah Acid Folic insya Allah dapat diatasi. Diharap dapat membantu kawan-kawan diluar sana juga. Sekian terima kasih. SMk.

 

Bab Breeding

10-5-2014 8-48-11 AM

Ada banyak cara orang gunakan atas dasar pengalaman masing-masing, namun cara yang selalu saya praktikkan adalah masukkan 1 pembaka jantan bersama 2 atau 3 ekor betina. Jumlah betina adalah bergantung kepada keluasan reban breeding.

Juga perlu diambil kira, induk yang dimasukkan adalah dari umur atau baya yang berbeda. Ini adalah supaya ada sumbangan atau pengajaran seperti mentor dan mentee kepada ibu muda. Contohnya dalam waktu nak bertelur ibu tua akan selalu memanjat tempat bertelur dan mengeram, maka kelakuan ini akan turut diikuti oleh ibu muda.

Namun jika induk muda masih bertelur merata-rata, maka ambil telur tersebut dan masukkan ke dalam tempat bertelur, bila sampai masa induk bertina muda tersebut akan mencari tempat atau sarang telur untuk mengeram. Maka bila terjadinya seperti ini kadang-kadang berlaku salah eraman tempat telur. Jika boleh tandakan setiap telur dengan warna yang berbeza mengikut induk. Jadi induk mana pun yang mengeram tetap kita tahu anaknya dari ibu mana.

Namun bergitu ianya tidak mendatangkan masalah apapun, dan bila mengeram saya lebih suka mengalihkan tempat mengeram ke sangkar lain, supaya ibu lebih tenang dan tenteram juga mengelakkan dari perebutan tempat eraman.

Maka ada juga yang bertanya, macammana dengan hasilnya?

Untuk itu selalunya saya bagi induk muda untuk Trial. Jika didapati kali pertama dan kedua hasil anak-anaknya masih tidak memberangsangkan, maka saya keluarkan induk terbabit dari breeding program. Kenapa tak tukar Bapa atau pembaka jantan? Sebabnya induk yang anak tak bagus cuma induk tu sahaja. induk lain semua anak ok je. Jadi tukar induk. Lainlah kalau dari semua induk yang dimasukkan dalam breeding semua anaknya hodoh dan bermasalah maka wajib ditukar dan dicari ganti Pambaka jantannya.

Jika ada apa-apa persoalan yang hendak ditanya bolehlah dihantar ke ciliredserama@gmail.com.. Insya Allah saya akan cuba membantu.

Sekian. Terima kasih. SMk.

 

Friday, 9 May 2014

Induk Sammy menetas



Alhamdulillah, walaupun pertama kali mengeram. Namun berhasil juga menetaskan anak yang nampak sihat dan kuat walaupun hanya seekor anak.

Ini anak gabungan sammy yang ada direbanku. Semoga nanti ada yang boleh dibawa ketengah.

Syukur alhamdulillah..

Thursday, 8 May 2014

Induk muda U2



Induk muda baka U2 ni aku dapat dari kawan di kuantan ni. Sahabat Muin kita yang tinggal di Indera sempurna kuantan.

Tapi bukan lah pure, cuma cross kelabu. Walaupun cross namun masih bawa darahnya. Semoga nanti boleh menurunkan anak- anak yang ada potensi nanti. Insya Allah akan digandingkan dengan Patinggan nanti bila tiba masanya.

Wednesday, 7 May 2014

Darah Bpr











Alahamdulillah adik beradik banyuwangi telah menjelma. Terima kasih kepada sahabat saya abg Yusof Nordin yang sanggup menjaga dan mempawahkan induk-induknya supaya dapat meneruskan generasi Bpr di reban saya dan reban beliau.

Insya Allah ada anak ni yang akan dibawa ke kenyir.. Semoga bekesempatan menjejak kaki ke kenyir 24 Mei 2014. Bukan kemenangan yang dicari tetapi lebih kepada berapa markah yang dapat diperolehi oleh anak-anak ini nanti.

Puteri Raub



Alhamdulillah induk muda baru pertama kali bertelur telah mengeram. Induk ni asal dari pemberian sahabat baik dari Raub. Nampaknya memang boleh didik menjadi seekor ibu yang baik. Insya Allah jika menjadi anaknya maka akan ada yang balik semula ke Raub nanti.

Thursday, 1 May 2014

Dayang Mas



Induk ni baru mengeram semalam, terus diasingkan dari reban pembaka.
Telur ada dalam 6 biji, biarlah asalkan pandai mengeram. Projek kali ni mengunakan semua ibu dan bukan inkubator.. Kita lihat hasilnya nanti.

Fireflash



Cuaca baik hari ni di kuantan, ambik kesempatan untuk bagi mandi dulu. Tak tahu sama ada akan ikut bapanya atau tidak.

Apapun ni lah rezeki Allah pada ku. Kalau boleh bawa pergi game akan dibawa, kalau tak jadi pembaka.