Monday, 27 August 2018
Sunday, 26 August 2018
Sembang Ahad
Hari ini, SMk dan sahabat berkumpul direban SMk bagi membantu kawan-kawan merawat ayam yang menagalami masalah rusuk, tuku, ekor dan sedikit penerangan ringkas menegenai persediaan saloon ayam untuk menghadapi pertandingan ayam serama yang akan diadakan tidak lama lagi.
Perjumpaan bermula sekitar jam 10.30 pagi berlarutan sehingga jam 2.30 petang. Menariknya perjumpaan kali ini adalah pertunjukkan cara atau teknik ikatan rusuk ditunjukkan secara Live dihadapan semua yang hadir dan menunjukkan cara perawatan dan teknik rawatan dilakukan dengan cara yang betul.
Cara rawatan yang ditunjukkan adalah seperti berikut :
1. Diagnose (Mencari Punca Masalah atau penyakit)
2. Persediaan Peralatan
3. Teknik Jahitan
4. Merawat
Selain itu, SMk juga berkesempatan membantu merawat seekor ayam yang mempunyai masalah mata berair dan seolah-olah membengkak. Alhamdulillah segala tunjuk ajar dapat dilakukan in-situ dan lebih jelas.
SMk
Line DirtyAryan
Mulai semalam SMk telah memasukkan induk Dara (Adik beradik DirtyAryan Jr.) dari First Batch dengan bapanya iaitu DirtyAryan sendiri. Ini adalah untuk mengekalkan darah dan perangai yang sedia ada dalam line ini.
Pasangan ini akan menjadi satu line teras yang baru bagi reban SMk. Penumpuan bagi line ini akan diletakkan dalam status Priority untuk breeding. Anak-anaknya akan SMk kekalkan direban kecuali ada permintaan yang bersesuai dengan harga maka barulah SMk akan memberi pertimbangan untuk melepaskannya.
Insya Allah, SMk akan update perkembangan terkini pasangan ini dari masa ke semasa.
SMk
Setahun berlalu
Sudah setahun masa berlalu, SMk berpindah ke Semariang Aman Kuching,
Sarawak bersama-sama hobi yang telah lama diceburi sejak tinggal diutara
tanahair (sejak lewat 90an), dan lebih 10 tahun di Kuantan, Pahang.
Jangan ditanya
tentang kos untuk membawa semua serama SMk pindah ke Kuching. Rasanya boleh mencapai
harga Axia Auto sebuah rasanya.. Belum lagi mengira bab harga ayam.. belum termasuk
nilai fasilitas reban yg sedia ada. Di dalam berhobi, jangan ikut orang.. ikut
kehendak diri sendiri, kemampuan dan semangat diri sendiri. Insya Allah
kejayaan ada dihadapan, yang penting mestilah berusaha.
Terima kasih juga SMk ucapkan kepada semua otai-oatai,
sahabat-sahabat yang membantu SMk dalam usaha membawa baka-baka sohor dari
reban tuan-tuan ke reban saya. Saya sentiasa menghargainya, kerana saya jenis
orang yang tidak akan melupakan hasil bantuan sahabat. Maka itu, serama yang
dibawa dari reban tuan-tuan saya tidak melakukan kacukan dgn ayam saya yang
sedia ada dengan sesuka hati(setiap baka akan hanya dibreed mengikut reban
asalnya sahaja). Ini kerana ianya adalah sebagai bentuk kenangan hasil buah
tangan tuan-tuan yang saya hormati.
Teringat kembali memori.
Siapa yang pernah memelihara serama diruang tamu rumah hampir 10 tahun? Gila
tak gila.. memang peminat tegar
🤣.
Alhamdulillah isteri dan anak2 memang support hobi SMk.
Syukur alhamdulillah, dah menetap disini.. ada reban sendiri
yang lebih baik. Syukur Alhamdulillah.
SMk
Thursday, 23 August 2018
FireKencana
FireKencana semakin sembuh dan setakat ini mungkin boleh dilatih sehingga menjadi seekor pembaka yang baik.
SMk akan bagi masa kepada ayam ini untuk dilatih sehingga pertengahan September atau sehingga hujung bln tersebut. Selepas itu, SMk akan cuba pairkan dengan induk tua yang ada bagi membolehkannya belajar breeding.
SMk
Bloodline Ara
Pelapis line Ara dari Terengganu ini akan SMk jadikan pelapis reban dimasa akan datang. Anak ini mempunyai 2 ekor adik beradik dan induknya memang digunakan sebagai asas penguat line ini direban. Buat masa ini, SMk memiliki tiga ekor induk line yang sama yang digunakan bagi mengeluarkan pelapis bagi line ini.
Untuk Batch ini, kemungkinan besar SMk akan menyimpan seekor anak jantan jika ada untuk dijadikan pelapis kepada Pembaka Ara yang ada.
SMk
Jualan Anak A
3 ekor anak A telah dilepaskan kepada peminat serama dari Sri Aman. Anak tersebut terdiri dari line seperti berikut;
a) Anak Line Ara sebanyak 2 ekor
b) Anak Line Pok Syed seekor
Semoga berjasa direban baru dan mengembangkan bloodline serama yang baik untuk dipelihara dan menambah lebih ramai peminat serama di Sarawak.
SMk
Sri Salak
Sri Salak masih dalam mode latihan dan perawatan bagi menghadapi meja game buat kali pertama nanti di Asajaya pada 1hb September nanti. Untuk seekor anak C yang baru beralih ke remaja, anak ini dikira sangat positif.
Kita akan melihat perkembangan Sri Salak secara lebih dekat nanti terutama diminggu-minggu terakhir sebelum pertandingan.
SMk
Sunday, 19 August 2018
Saturday, 18 August 2018
Bloodline Ara
Alhamdulillah, SMK telah mendapat pelapis bagi induk line Ara direban. Walaupun Ara SMk lebih kepada putih beras (betina) ianya tetap sesuatu yang SMk hargai kerana ramuan ini sangat perlu bagi SMk meneruskan breeding line Ara dimasa akan datang. Semoga anak ini terus membesar dengan baik dan menjadi induk kandang suatu hari nanti.
SMk
Subscribe to:
Posts (Atom)





