Tuesday 4 April 2017

Persatuan Ayam Serama di Sarawak


Alhamdulillah, maka hari ini bermulanya sejarah baru dalam dunia ayam serama di Sarawak apabila tertubuhnya sebuah persatuan yang asalnya diberi nama GBBS kini diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan dengan dikenali sebagai PKKASK. 

Sejarah penubuhan persatuan ini agak mencabar kerana selalu diganggu gugat oleh pihak generasi lama ayam serama di Sarawak yang seperti tidak suka dengan kewujudan anak muda. Namun bagi melihat kemajuan, satu langkah proaktif perlu dilakukan kerana sejak generasi lama mengawal segala aktiviti serama, suasana berserama masih suram sepi tiada perubahan. Maka tiada salahnya PKKASK maju kehadapan dengan mengambil alih dan memanaskan suasana dengan pertandingan dan apa saja aktiviti yang berkaitan dengan ayam serama. 

Seperti pertandingan yang dijalankan sebelum ini di pekan Asajaya, pihak anak muda ini telah mengadakan satu bon Supermini dan boleh dibanggakan dengan penyertaan yang melebihi jumlah pemyertaan yang selalu diperolehi oleh pihak generasi lama. Maka harapan SMk, mahu tak mahu, pihak yang berasa mereka adalah generasi lama di Sarawak perlu memberi laluan kepada anak-anak muda ini supaya lebih meriah dan banyak aktiviti ayam serama dapat dijalankan berbanding jika hanya ada satu persatuan sahaja.

Sepatutnya apabila tujuan memeriahkan sambutan ayam serama, semua golongan harus bekerjasama dan memertabatkan atau membudayakan mainan ini menjadi mainan rakyat berbanding lebih mementingkan keotaian individu yang terlalu tinggi seolah-olah tiada orang lain boleh membawa kemajuan kepada mainan rakyat ini. Oleh itu, sekali lagi SMk menyeru kepada semua peminat terutama di Sarawak amnya. Bersamalah kita maju kehadapan dengan hobi kita ini dan tinggalkan lah keegoan kita, biarlah ayamnya yang ego aktif mendabik dada di meja tetapi kita sesama manusia teruskanlah persahabatan dan ukhwah.

SMk

7 comments:

Unknown said...

Terbaikkkk.yang baru xsmstinya salah,yang lma xsmstinya sntiasa btul. Keep psitive.biarlah ayamnya yang ego aktif mendabik dada di meja tetapi kita sesama manusia teruskanlah persahabatan dan ukhwah.

Serama Man k (SMk) said...

yup, semoga segalanya berjalan dengan lancar dan diberkati dan sentiasa diredhai oleh Allah s.w.t. Amin.

Serama Malaya said...

Panjangnya nama persatuan.. ala2 KASK dah nama tu.. tambah PK saja depan. Huhuhu..

Serama Man k (SMk) said...

Sukar SM, hendak membina sebuah Persatuan dengan nama yang kita kehendaki selain dari perlu kebenaran pihak Pertubuhan Pendaftaran (ROS). SMk dapati juga ada halangan pengunaan nama "Serama", "Peminat" "Sarawak" tidak boleh digunakan sesuka hati kerana ada desakan dan aduan dari pihak lain di Sarawak yang membuat komplen di ROS. Tetapi demi usaha dan niat yang ikhlas dalam menyemarakkan semangat maianan berserama SMk tetap teruskan juga walaupun ditolak permohonan sehingga 3 kali. Setiap permohonan memerlukan kita membayar RM30 untuk sekali permohonan. Mujurlah selepas itu diluluskan juga setelah SMk memohon bantuan kwn SMk yang bergiat dengan politik dan amat arif dengan prosedur di Sarawak. Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar akhirnya.

Serama Malaya said...

Takda hal la abe man.. cuma PKKASK tu apa nama penuh dia?? Huhuhu..

Serama Man k (SMk) said...

PKKASK bermaksud
Persatuan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Kuching-Sri Aman

Serama Malaya said...

Ok abe man.. tenkiu..tenkiu..