Sunday 9 April 2017

Coretan seminggu SMk

Ada beberapa topik hangat sepanjang minggu ini yang menarik perhatian SMk. Antara tajuknya untuk SeramaMania ialah:

1. JualBeli Ayam Serama
2. Tamatnya H5N1 di Kelantan
3. Jumlah Pertandingan Ayam Serama 2017

JualBeli Ayam Serama

Merujuk perkara tajuk, apa yang SMk ingin katakan sebagai  rujukkan kita bersama jika kita sebagai Pembeli, Pastikan beberapa berikut:

a) Trusted Seller - Pastikan tuan-tuan berurusan hanya dengan penjual yang diyakini jujur dan cemerlang didalam urusan jualbeli. Jangan terlalu ghairah menyertai mana-mana group jualbeli tanpa mengetahui terlebih dahulu setiap bakal penjual didalam sesuatu group. Kenal pasti, jika was-was bertanyalah kepada rakan-rakan yang telah lama didalam dunia serama. Pasti ada yang boleh membantu anda. Bertanyalah mengenai cara pembayaran, gambar ayam dan video yang diberikan. Seboleh-bolehnya jika urusan bernilai K, jika kita tidak boleh hadir melihat ayam sendiri, pastikan didalam video semasa ayam yang dirakan ada dua view dimana view pertama dalam video ayam mesti atas meja dan tiada ayam lain yang berdekatan dan view kedua ayam kelihatan dengan jelas (dekat/zoom) supaya boleh melihat dengan jelas setiap aksesori ayam yang divideokan.

 b) Untuk urusan kali pertama dengan penjual atau pembeli kedua-dua pihak janganlah delete segala perbincangan jual beli dan mesti disimpan sehingga selesai urusan bagi kemudahan dimasa hadapan.

c) Apabila ayam dihantar pastikan bas atau penghantaran adalah betul dari lokasi seperti yang diperbincangkan, seboleh-bolehnya tiada istilah orang tengah. Pastikan juga kita menelefon pemandu bas sebelum waktu ketibaan diterminal agar ayam dapat diterima pada waktu yang tepat. Setelah menerima ayam, Ambil gambar kotak, ayam yang diterima dan maklumkan kepada penjual. Ketika ini pastikan kondisi ayam adalah dalam keadaan baik dan seperti yang telah dipersetujui bersama. Jika tiada masalah selepas tempoh 24 jam dikira jualbeli berlaku dengan baik. Jika ada masalah atau apa-apa berkaitan urusniaga termasuk ayam yang diterima, pembeli haruslah mengemukakan sebarang masalah/aduan kepada penjual secepat yang mungkin dan dalam tempoh masa 24 jam. Ini adalah tanggungjawab pihak pembeli 100% dalam memastikan segalanya baik. Jika selepas itu dikuatiri boleh membawa kepada pertelingkahan dan menjadi punca kepada urusniaga yang gagal.

d) Setelah ayam ditangan pembeli, tidak mengira dari mana asal rebannya, ayam-ayam ini adalah hakmilik si pembeli kerana tiada ikatan perjanjian selepas itu. Jika ada update dari pembeli kepada penjual, itu adalah atas pembinaan persahabatan anatara keduanya. Jika ayam pada pembeli dibreed dan berjaya dimana-mana bon atau menjadi cantik seharusnya itu adalah rezeki si pembeli dan usahanya manakala si penjual yang telah menjual dengan menerima akad jualbeli telah terputus dari kaitan dengan apa yang telah pembeli usahakan. Tetapi jika pembeli ikhlas mengaitkan penjual dengan pencapaian rebannya itu adalah bonus kepada penjual. Tetapi penjual tidak boleh sesekali memaksa si pembeli mengenai pencapaian pembeli ada kaitan dengannya keran telah ada akadjual beli.

Bergitu juga jika ayam yang dibeli tidak menjadi, itu merupakan atas usaha pembeli sendiri dan pembeli atau penjual tidak boleh sesekali menyalahkan satu antara lain dalam urusniaga yang telah lepas berlalu. Semestinya kalau cantik banyak yang moral rendah akan mudah mengambil kesempatan mengatakan itu asal dari rebannya, tetapi seperti lazimnya manusia kalau tak cantik adakah penjual yang akan mengakuinya? jawapannya anda pembaca juga pasti sudah mengetahuinya.

Akhir sekali, setiap peminat serama harus berhati-hati didalam menyatakan pandangan masing-masing dimedia sosial kerana ramai yang melihat dan membacanya. Juga kepada yang membaca jangan mudah tersinggung kerana perkara sebegini boleh jadi ditujukan kepada orang tertentu sahaja. Oleh itu SMk sarankan, jika ada masalah tertentu haruslah kita usahakan menyelesaikannya dengan cara bersemuka jika boleh. Jika tidak boleh maka kita memerlukan orang tengah bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut sebelum tindakan yang lebih aktif seperti laporan polis, saman malu dan sebagainya dilakukan.

Tamatnya H5N1 di Kelantan bagi tahun 2017

Semalam peminat Ayam Serama Kelantan telah mengadakan Pertandingan Selepas H5N1 dan ianya merupakan satu tindakan proaktif yang amat positif didalam menguatkan kembali industri serama di negeri asalnya. SMk turut bergembira dengan perkembangan terkini kerana ianya membantu momentum perkembangan lebih manpan industri Serama bagi tahun 2017 ini.

SMk turut melihat kerjasama antara peminat serama di Kelantan dalam meyemarakkan pertandingan ini menrupakan satu nilai semangat kerjasama yang amat kuat dan bagus sekali. 

Jumlah Pertandingan Ayam serama 2017 

Setakat coretan ini sebanyak 19 Pertandingan Ayam Serama telah dirancangkan dan dari jumlah itu sebanyak 12 Pertandingan telah berjaya dilaksanakan. Sebagai rujukan jumlah pertandingan bagi tahun 2016 adalah sebanyak 23 Pertandingan yang dirancangkan dan cuma satu pertandingan telah dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. 

Maka dengan merujuk pencapaian penganjuran pertandingan setakat ini, SMk mendapati tahun 2017 sebenarnya bakal menjadi lebih meriah dengan penganjuran pertandingan ayam serama berbanding 23 penganjuran pertandingan pada tahun lepas. 

ini adalah sesuatu yang amat positif sekali, terutama melihatkan kepada perkembangan penganjuran pertandingan ayam serama di sarawak kerana dalam tempoh bulan April ini telah 2 Bon dilaksanakan dan 1 lagi bon pada penghujung April turut akan dilangsungkan. Insya Allah sepanjang tahun 2017 nanti target untuk mencapai sekurang-kurangnya 8 game di sarawak akan tercapai. 

SMk


No comments: