Saturday 22 April 2017

Sorotan seminggu Ayam Serama


Tumpuan SMk masih kepada breeding dan ini merupakan konsenterasi yang berterusan. Projek ini diteruskan dengan mengunakan anak jantan FireSpring12 dan MissA400M iaitu diberi nama Fireblurry.  

FireBlurry dimasukkan dengan induk betina ini pada 18 April 2017 yang lalu. SMk menjangkakan akan ada hasil atau keputusan bagi pasangan muda ini seawal-awalnya pada minggu pertama Mei nanti. Semasa dipasangkan, pasangan ini nampak harmoni dan tiada tanda-tanda bakal ibu melawan pembaka jantan. Oleh itu, suasana ini turut membantu memudahkan proses penyatuan ini.

Kedua-dua Jantan dan betina ini mempunyai ciri-ciri selam semulajadi tanpa sentuhan. Maka ianya lebih positif untuk projek ini pergi jauh jika didapati mereka mempunyai anak-anak yang turut mengekalkan genetik selam tanpa sentuhan. SMk akan memantau pasangan ini dengan lebih dekat dari masa ke semasa.


Anak-anak betina ini merupakan batch yang dihantar ke Sarawak pada awal April yang lalu. Batch ini terdiri daripada ayam-ayam dari reban Apis Pasir mas (Kuantan), Rizal Fahamee (Kuantan), Juwe (KB) dan Abe lean (Ipoh). Apa yang menarik bagi batch ini ialah ayam dari reban Abe Lean yang SMk ambil kali ini sebenarnya mempunyai beberapa asal reban yang berlainan. 

Sebelum ini, Abe Lean membantu beberapa peminat baru dalam menjual ayam di FB dan media sosial seperti WhatApps. Oleh kerana, hubungan SMk dan Abe Lean sangat rapat maka apabila ada seorang peminat baru ini yang hendak menjual ayam direbannya yang diketahui memang memilki hanya 2 3 pasang ayam dari Reban Tok Janggut (Pak Wan), maka Abe Lean terus menghubungi SMk memaklumkan perkara tersebut. Oleh kerana ini adalah peluang yang baik bagi mendapatkan baka-baka Sri 6 yang pure maka SMk terus membayar dan memiliki anak-anak A tersebut disamping SMk juga mengambil peluang mendapatkan ayam dari reban Abe Lean sendiri iaitu anak daripada pembaka utama beliau.

Anak-anak ini juga SMk open kepada peminat di sarawak untuk dimiliki. Tetapi respon yang agak kurang mungkin kerana cuma anak A dengan harga RM250 itu mungkin agak mahal bagi mereka, jadi tiada sambutan. Cuma ada seekor jantan yang di offer kepada Cikgu Shahrin tetapi malangnya ayam ini telah mati semasa kuarantin di kuala Lumpur. Bagaimanapun, syukur alhamdulillah Cikgu Shahrin telah berjaya membawa juga beberapa pasang ayam ke Sarawak melalui contact beliau. 

Alhamdulillah, anak-anak ini kebanyakkan telah masuk anak C dan semakin sihat semoga berterusan dan dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti reban SMk.


Apabila SMk memehati secara teliti dan melihat kembali sejarah Fire direban SMk. Didapati anak Fire3.0 amat menyerupai ciri FireFlash. Ciri persamaan yang nyata adalah dari segi kepala, warna mata, warna kaki dan bentuk tubuh. Disamping warna yang telah diupgred sesuai dengan perpindahan version dari Fire1.0 kepada generations Fire3.0.

Tetapi apa yang SMk paling suka dengan line ini ialah jika ayam ini selalu dipegang atau diasuh ianya akan meyerlahkan lagi ciri-ciri beraninya dengan kita dan mudah bergaya diatas meja. Ciri-ciri ini jelas sekali dengan nampak apabila diletakkan atas meja bawah paruh(dagunya) jelas nampak kembang. Bagi SMk ini lah ciri lawan meja bagi baka-bak Fire yang selama ini SMk telah miliki. Memang jelas, jika anak-anak seperti ini ianya memang akan mempunyai gaya sebegitu dan semakin jelas bergaya apabila masuk ke alam remaja. 

Sebab itu anak-anak Fire, SMk lebih gemar mengambil video berbanding gambar. Kerana line Fire dari anak sampai dewasa memang seronok dilihat terutama diatas meja. 



Ini adalah salah satu anak import jantan dari batch awal April yang lalu.Ayam ini sebenarnya jika dijaga dengan baik dilatih akan lebih positif. Ini kerana ayam ini mempunyai bentuk tubuh yang agak menarik. Pada pandangan SMk, ayam ini akan selam sendiri apabila masuk kategori muda.

Ayam ini juga merupakan satu rezeki kerana terdiri dari ayam berciri atau ada cuting tanpa sentuhan. Dari segi warna, SMk merasakan ayam ini berdarah rinting. Ini merupakan satu option yang baik bagi SMk kerana akan ada kepelbagaian didalam warna ayam-ayam direban SMk.

Buat masa ini, itulah sahaja update bagi minggu ini.

SMk

No comments: