Monday 10 April 2017

Penyatuan anak reban dan hasilnya


Alhamdulillah, ini adalah batch terbaru yang sempat SMk lihat semasa dikampung pada cuti sekolah yang lalu. Sekarang nampak semakin positif dengan ada yang jelas nampak ada cuting dan mempunyai potensi sebagai ayam-ayam game. Ini adalah anak kepada FireSpring12 dan Fire 3.0. Tetapi yang menariknya dalam batch ini adalah seekor yang berwarna kuning cair adalah anak kepada induk adik beradik kepada FireSharp. Seperti apa yang SMk percaya dan yakin, apabila induk tersebut dikawinkan dengan Fire 3.0 memang menjadi kenyataan kerana ianya dapat mengekalkan postur tubuh dan lebih menarik ada penambahbaikan dari segi colouration dan aksesorinya dan terbukti ianya berjaya.


Jika melihat kepada generasi Fire yang top semasa anak 2 atau 3 tahun yang lepas, SMk mendapati anak Fire 3.0 lebih menarik dengan ciri-ciri tubuh yang melebihi 45 darjah dan SMk mempunyai keyakinan anak ini akan selam. Dari segi balung, SMk menjangkakan balungnya pasti ada penambahbaikan kerana akan mengikut ciri-ciri ibu Fire 2.0 yang amat cantik dengan balung bilah sikat yang menarik.

Anak ini dan beberapa ekor anak lagi dalam batch ini, jika dilatih SMk yakin anak-anak ini mempunyai potensi yang amat besar dalam dunia pertandingan. Namun demikian, buat masa ini SMk lebih menumpukan kepada breeding dengan memaksimakan hasil breeding supaya mencapai target yang dikehendaki SMk. Tambah lagi, buat masa ini kebanyakkan anak-anak import dari reban-reban sohor dari sememanjung yang SMk perolehi pastinya akan mula juga mengeluarkan hasilnya dalam sebulan dua yang akan datang ini.

Sesungguhnya, SMk telah berniat bahawa jika menjadi baka-baka dari reban import ini SMk akan menamakannya dengan pangkal nama yang mencerminkan reban asal mereka. Hasrat SMk juga adalah untuk membuat satu baka atau satu asal reban import dengan satu almari kahs setiap satunya supaya dapat diteruskan breeding secara isolation tanpa cross. Jika ada cross dilakukan ianya nanti jika ada hasil akan dinamakan sebagai anak-anak cross. Ini adalah bagi menghormati kawan-kawan, otai-otai sohor yang tuan punya asal ayam. SMk  juga berhasrat berkongsi maklumat dan saling bertukar update hasil reban kepada pemilik-pemilik asalnya semula apabila berjaya nanti. Ini kerana SMk lebih memohon keredhaan dari pemilik asalnya agar breeding program yang SMk lakukan kekal berkat. Kerana selama ini, SMk telah melakukannya dengan cara demikian juga baragkali memberi impak yang positif kepada setiap hasil anak-anak reban SMk semasa berada di Kuantan.

Maka, bagi Smk apa yang kita lakukan hari ini turut dibantu dan disumbang oleh tuan asal reban yang sanggup berbagi adunan untuk SMk corakkan. Tetapi ini pandangan peribadi SMk bukannya secara kolektif apabila membeli ayam, setelah dibayar memang akan jadi hak pembeli. Tapi SMk lebih menyanjungi breeder-breeder seperti SMk yang penat lelahnya dalam percubaaan sehingga boleh mengeluarkan produk sendiri yang dibanggakan. Oleh itu, SMk tidak segan silu berkongsi pencapaian anak reban SMk jika ianya dari reban tersohor tertentu. Kerana dengan memiliki aliran Fire SMk sudah memahami kepayahan dan kesyukuran dalam kejayaan usaha tersebut. 

SMk

No comments: