Showing posts with label ayam serama fire. Show all posts
Showing posts with label ayam serama fire. Show all posts

Tuesday, 10 September 2019

Misz Salak jr.



Alhamdulillah, tina ini SMk namakan dengan gelaran Misz Salak Jr mulai semalam dan jika jodohnya kekal bersama SMk maka ianya akan dijadikan sebagai induk kandang reban Serama Semariang Aman.

Batch ini, SMk masih simpan sepasang maka boleh dimasukkan adik beradik atau akan dimasukkan semula dengan pembaka utamanya. Insya Allah dalam tempoh 2 bulan lagi, tina ini akan matang untuk breeding. 

SMk

Friday, 28 July 2017

Fire with Gecko Eye


Pada hari kedua, semasa SMk mengemas reban di kampung ini, SMk mendapati seekor line Fire yang amat halus dan cantik. Jika dilatih, pastinya ayam ini akan boleh pergi jauh dan mempamerkan potensinya yang sebenar.

Ayam ini mempunyai mata hitam Gecko yang sangat menyerlahkan asalnya. SMk yakin ini adalah antara anak kepada induk yang adik beradik dengan Fire Sharp. SMk rasa amat bersyukur kerana ada juga nampak kestabilannya walaupun bapa yang digunakan adalah Fire yang bukan dari reban Kuantan, tetapi dari reban Semariang.

Nanti kita akan melihat perkembangan secara lebih dekat lagi.

SMk

Tuesday, 30 May 2017

Perkabaran dari Reban di kampung





Minggu lepas SMk telah menghubungi adik di kampung bertanyakan perkabaran atau update tentang reban SMk disana. Adik SMk memaklumkan, ayam sekarang bertambah dengan kadar yang baik dan sesuai dengan target SMk untuk mendapatkan jumlah tina direban seperti perancangan.


Pasangan Muda yang SMk perolehi dari reban Pok Syed juga telah menampakkan hasil dengan pasangannya mengeram. Pasangan ini adalah anak kepada Shadow Ryan milik Pok Syed. Ayam ini semasa meningkat remaja agak berlunjur, tetapi apabila masuk ketegori SMk dapati ayam ini datang cuting dan selam dengan baik apabila masuk kategori Muda dengan semulajadi. Sesuatu yang positif bagi bloodlines ini.


Betina line Fire 3.0 juga telah mengeram dengan bakal-bakal telur dari pembaka jantan FireSpring12. Tina ini merupakan anak reban dari reban SMk di kuantan yang telah dihantar ke Sarawak semasa anak C. Semoga lebih positif dengan hasil yang baik nanti.


Pasangan ini, dikabarkan telah mendapat anak sebanyak 10 ekor sejak tiba di Sarawak pada Disember 2016 yang lalu. Ayam ini didatangkan dari reban Nakamura Meng KB dan merupakan antara tonggak pembaka jantan bagi reban SMk disana. Nanti apabila tiba masanya, SMk akan update anak-anak dari pasangan ini nanti. 

SMk

Saturday, 4 February 2017

Anak Reban


Anak pertama line Fire (dari induk adik beradik FireSharp), telah berhasil mengeluarkan hasilnya. Telur-telur ini adalah hasil yang dimasukkan kedalam inkubator. Anak yang terakhir untuk batch kali ini, agak berwarna merah kerana lebih kepada Fire merah seperti asal ibu bapa nya. Semoga hasil ini akan melakarkan satu impak yang baru untuk reban SMk nanti di kampung halaman.

SMk

Reban SMK (Sarawak)


Update 29/1/2017

Update terkini oleh adik SMk Aman Apm di kampung halaman, ayam kebanyakkan telah mulai membiak dengan baik dan teratur disamping beberapa ekor anak-anak yang lepas dan ayam dari kuarantin telah dibawa masuk setelah diberi vaksinasi dan ubat-ubatn yang sepatutnya sepanjang kuarantin tersebut.


 Pada waktu yang sama juga, sebanyak 4 ekor induk semuanya line Fire telah mulai mengeram. Induk Fire ini semuanya memiliki ciri-ciri yang hampir sama sebanyak 90% dengan leher berwarna kuning/merah dan berbulu keseluruhannya kuning. Harapan SMk agar semunya menetas dengan baik dan menghasilkan banyak anak-anak tina yang seterusnya mewarnai reban SMk dengan penuh anak-anak reban terbaru.

SMk

Monday, 23 January 2017

Penghantaran Serama


Pada tengahari Ahad SMk telah dihubungi sahabat SMk mengatakan beliau berada di Kuantan Pahang atas urusan kerja dan mengatakan jika SMk hendak menumpang penghantaran bolehlah menghantarnya pada sabtu pagi.

Oleh kerana dengan masa yang terlalu singkat, SMk telah menghantar ayam serama yang telah ada pada SMk dan 5 ekor anak tina dari reban sahabat SMk di kuantan iaitu Reban Rizal Fahamee. Keesokkan harinya terus SMk packing dan hantar kepada sahabat SMk. Sempat jugalah kami bersarapan bersama dan meluangkan sedikit masa dengan bicara tentang serama serba sedikit.

Pada hari Ahad petang, SMk telah dimaklumkan oleh sahabat SMk tersebut, bahawa ayam telah sampai dan diserahkan kepada adik SMk. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga perancangan SMk dalam breeding akan terus dipermudahkan. Amin.

SMk

Monday, 2 January 2017

Mainan kesayangan di Reban SMK (Kuantan)



Antara kesayangan SMk di reban SMk sekarang di kuantan. 2 Pembaka selam SMk ini dikhaskan untuk breeding sepanjang tempoh ini sehingga bulan jun 2017. Ini kerana SMk betul-betul memerlukan anak-anak ayam untuk dihantar ke kampung halaman terutama anak betina, bagi memaksimakan breeding program yang telah SMk rancangkan.

SMk

Sunday, 27 November 2016

Bawang Puteh Bawang Merah


Semakin sihat dan cantik anak Fire ini nampaknya. Si Bawang Puteh akan akan SMk serahkan kepada Zack Serama Hiro sekali dengan ibunya iaitu Misz Aztec insya Allah pada hari ini sekejap sahaja lagi.

Si Bawang Merah akan SMk simpan jika tiada yang meminangnya dan akan SMk jadikan sebagai induk game sementara SMk berada di Kuantan Pahang. Semoga menjadi seperti SMk agak pada Si Bawang Merah.

SMk