Showing posts with label ayam serama samariang. Show all posts
Showing posts with label ayam serama samariang. Show all posts

Wednesday, 25 July 2018

Pembaka PS


Oleh kerana Induk asal bagi pembaka dari reban Pok Syed (PS) ini telah mengeram maka tibalah masanya untuk memilih seekor induk atau pasangan baru baginya. Kali ini, SMk mula memasukkan induk-induk dara hasil reban SMk di Semariang sebagai pelapis induk kandang. Pusingan Kali ini banyak Induk Dara yang akan dimaksimumkan bagi proses breeding disamping pengunaan induk kandang yang sedia ada. 

Untuk permulaan baru bagi induk Dara ini, SMk memadankan PS dengan Induk Dara BOTB jr. Proses ini bukan hanya untuk mendapatkan anak tetapi proses ini adalah sebagai didikan kepada Induk BOTB jr untuk menjadi induk dan melalui proses pusingan kesuburan, bertelur, mengeram dan membawa anak(Jika diizinkan Allah). 

SMk

Sunday, 22 July 2018

Keindahan Ayam Serama


Syukur Alhamdulillah rezeki masih ada untuk SMk didalam dunia serama dengan kehadiran ayam-ayam yang berpontensi. Syukur pada Allah, Maha Pencipta dan Maha Berkuasa.  Seperti yang SMk selalu katakan, didalam breeding ayam serama, tidaklah sukar untuk peminat menghasilkan ayam yang cantik dan sihat. Namun akan ada halangan besar iaitu bila ayam cantik tetapi tidak memiliki gaya yang sesuai. Disini lah kesabaran dalam  berserama mengajar kita lebih menjadi matang dan sentiasa redha dengan nikmat pinjaman Allah. Sentiasalah bersyukur keatas nikmat yang Allah berikan kepada kita peminat serama.



Jangan sekali-kali melakukan penganiayaan dan membedakan makan minum ayam game atau ayam biasa. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kita lakukan. Oleh itu, berilah kasih sayang yang sama rata dan secukupnya kepada semua haiwan peliharaan kita. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah S.W.T Aamin.

SMk

Sunday, 22 April 2018

Pelapis Pembaka Fire


Ayam ini telah SMk didik menjadi pembaka dengan dimasukkan dengan betina direban SMk. Ayam ini sangat positif dengan semua struktur tubuhnya tegap dan ori. Ayam yang memang lempar sayap semulajadi sangat baik untuk dijadikan pembaka reban. Semoga terus positif dan berjasa direban SMk. Adik beradik ayam ini kebanyakkannya berada disekitar Bintulu dan Miri.

SMk

Saturday, 14 April 2018

Pelapis Reban Serama


Ini adalah beberapa ekor pelapis yang nampak amat positif dimata SMk dan mempunyai pontensi yang amat besar di Pertandingan Ayam Serama, kerana anak-anak ini bukan hanya memiliki aksesori yang baik ianya turut memiliki watak atau galak yang amat dicari semasa pertandingan.



Mankala untuk tambahan kepada warrior pelapis ini, SMk turut mempunyai beberapa ekor lagi anak B sebagai tonggak pelapis yang boleh ikira amat menarik juga.


Batch ini memiliki keunikkannya sendiri dan ada yang telah mendapat risikan dari peminat-peminat serama namun bagi SMk, jika mereka mempunyai jodoh dengan ayam-ayam ini SMk tidak keberatan untuk melepaskannya jika bersesuaian dengan harganya. Ini kerana, anak-anak ini boleh menjadi mainan di Game jika dilatih dengan baik. Pada hemat SMk, jika ayam ini terus ditangan SMk memang pasti ayam ini akan menjejakkan kakinya ke pertandingan. 

SMk

Monday, 9 April 2018

Anak Game


Anak pelapis game ini, akan SMk simpan untuk pelapis game bagi mewakili reban SMk. Anak ini memang nampak cuttingnya dan memang sedap dipadang mata.

Anak ini akan mula diasing dalam tempoh sebulan lagi dan mula diasuh. Manakala ibunya akan SMk asing sebelum dimasukkan dengan pembaka jantan.

SMk

Sunday, 18 March 2018

Line 69


Hari ini juga, seekor induk pasangan kepada Line 69 telah mulai menetas. Line ini juga adalah penyumbang kepada anak-anak ayam yang menarik dan halus serta memiliki bulu yang rapat. Semoga anaknya terus sihat dan membesar dengan baik.

SMk

DirtyAryan


DirtyAryan semakin positif setelah induknya mengeram. Satu keistimewaan DirtyAryan berbanding ayam lain ialah, walaupun telah dijadikan pembaka ayam ini masih mengekalkan gayanya seperti sebelum ini. Bergaya, iaitu yang paling terbesar adalah rekodnya dalam game di Summer Mall dengan menjuarai kategori Muda.

Ayam ini merupakan seekor ayam yang boleh dikatakan ayam lawan meja atau suka bergaya diatas meja. Apabila diatas meja, ayam ini akan beraksi hinggakan kita terasa puas dengan persembahannya diatas meja tersebut, tanpa perlu kita bertepuk tanggan sehingga merah tapak tangan. Aksinya, sehingga kita boleh lupa ayam serama hanya beraksi selama 1 minit dan 15 saat sahaja diatas meja.

2 minggu ini kita akan mendapat keputusan dari induk pasangan DirtyAryan. Jika menetas, adakah anak-anaknya akan mengikuti jejak langkah bapanya memiliki perangai diatas meja? Maka ini akan menjadi satu tempoh menunggu yang sangat menarik untuk dinantikan.

SMK

SriKencana



Anak ini pada mulanya SMk ingatkan tina, tetapi semakin lama semakin jelas kejantanannya dengan balung halus yang semakin kemerahan. Mulai hari ini, setelah 4 hari berlalu (video diatas), maka SMk dengan ini memberi nama anak ini dengan nama SriKencana.


Anak ini semakin cantik cuting tubuhnya dengan gaya mulai datang walaupun masih anak ianya nampak jelas positif. Jika diasing, dan mula diasuh anak ini pastinya akan memberi respon yang positif.

Oleh kerana mengambilkira akan keadaan semasa, SMk berhasrat menyimpan anak ini direban SMk bagi tujuan tapisan. Apa yang jelas anak ini akan menjadi seekor ayam serama yang menarik apabila sampai waktunya.

SMk

Tuesday, 13 March 2018

Anak Reban


Anak Reban SMk ini adalah dari line Pok Syed Penang. Sungguh positif anaknya, seekor jantan dan seekor tina. Nampaknya anak jantan lebih positif mengikut line yang sedia ada. Jika berterusan positif sehingga dewasa, anak ini akan dijadikan penganti kepada pembaka yang sedia ada.


Ini video yang diambil 4 hari sebelum ini, dan kali pertama diletak diatas meja. Walaupun masih berusia bawah 2 minggu, anak ini telah memberikan aksi yang agak menarik bagi SMk. Kedua-dua video diatas adalah memfokuskan anak ayam yang sama. 

SMk