Tuesday 30 May 2017

Perkabaran dari Reban di kampung





Minggu lepas SMk telah menghubungi adik di kampung bertanyakan perkabaran atau update tentang reban SMk disana. Adik SMk memaklumkan, ayam sekarang bertambah dengan kadar yang baik dan sesuai dengan target SMk untuk mendapatkan jumlah tina direban seperti perancangan.


Pasangan Muda yang SMk perolehi dari reban Pok Syed juga telah menampakkan hasil dengan pasangannya mengeram. Pasangan ini adalah anak kepada Shadow Ryan milik Pok Syed. Ayam ini semasa meningkat remaja agak berlunjur, tetapi apabila masuk ketegori SMk dapati ayam ini datang cuting dan selam dengan baik apabila masuk kategori Muda dengan semulajadi. Sesuatu yang positif bagi bloodlines ini.


Betina line Fire 3.0 juga telah mengeram dengan bakal-bakal telur dari pembaka jantan FireSpring12. Tina ini merupakan anak reban dari reban SMk di kuantan yang telah dihantar ke Sarawak semasa anak C. Semoga lebih positif dengan hasil yang baik nanti.


Pasangan ini, dikabarkan telah mendapat anak sebanyak 10 ekor sejak tiba di Sarawak pada Disember 2016 yang lalu. Ayam ini didatangkan dari reban Nakamura Meng KB dan merupakan antara tonggak pembaka jantan bagi reban SMk disana. Nanti apabila tiba masanya, SMk akan update anak-anak dari pasangan ini nanti. 

SMk

No comments: