Showing posts with label bloodline nazrul amir ganu. Show all posts
Showing posts with label bloodline nazrul amir ganu. Show all posts

Sunday, 30 September 2018

Pelapis Induk Kandang



Empat ekor anak C ini adalah pelapis bagi induk kandang reban SMk bagi tahun 2019. Tina ini terdiri dari line Ara (BlackRose) dan seekor anak line Pok Syed (Ekor kelabu) dan seekor tina line Fire. Harapan SMk anak-anak ini akan dimaksimakan bagi proses breeding untuk mengeluarkan anak-anak game 2019.

Setakat ini semua anak-anak ini dalam keadaan sihat dan cergas. Anak ini juga telah divaccine bagi langkah pencegahan terhadap mana-mana penyakit yang boleh merosakkan usaha yang telah dicurahkan. Reban SMk amat mementingkan bab kesihatan ayam serama. 

SMk

Saturday, 14 April 2018

Pelapis Reban Serama


Ini adalah beberapa ekor pelapis yang nampak amat positif dimata SMk dan mempunyai pontensi yang amat besar di Pertandingan Ayam Serama, kerana anak-anak ini bukan hanya memiliki aksesori yang baik ianya turut memiliki watak atau galak yang amat dicari semasa pertandingan.



Mankala untuk tambahan kepada warrior pelapis ini, SMk turut mempunyai beberapa ekor lagi anak B sebagai tonggak pelapis yang boleh ikira amat menarik juga.


Batch ini memiliki keunikkannya sendiri dan ada yang telah mendapat risikan dari peminat-peminat serama namun bagi SMk, jika mereka mempunyai jodoh dengan ayam-ayam ini SMk tidak keberatan untuk melepaskannya jika bersesuaian dengan harganya. Ini kerana, anak-anak ini boleh menjadi mainan di Game jika dilatih dengan baik. Pada hemat SMk, jika ayam ini terus ditangan SMk memang pasti ayam ini akan menjejakkan kakinya ke pertandingan. 

SMk

Monday, 19 March 2018

Sembang Petang



Petang tadi sempat meluangkan masa bersama sahabat kita iaitu Arziz yang berkunjung ke reban SMk di Semariang Aman. Sambil membantu beliau membetulkan kedudukkan ekor ayamnya, SMk juga berkongsi ilmu dengannya cara untuk trim bulu ayam serama dan cara-cara mengasuh ayam serama.

Sebelum balik, Arziz juga membeli seekor anak ayam line Ara dan membuat pilihan sendiri antara 3 ekor anak. Rasanya dia memilih yang kecil sekali tapi gambar lupa kita ambil. Semoga anak tersebut berjasa direban beliau nanti. Jika diasuh dengan baik, anak tersebut boleh dibawa ke bon. Kalau mengikut kategori, anak yang dibeli beliau adalah anak A siap yang boleh dibawa ke bon.

Apa yang penting, SMk telah berkongsi hobi dengan mereka yang berminat berserama dan rasanya dapat membantu mereka yang berminat ini untuk menjadi pelapis baru kepada hobi berserama di Sarawak.

SMk